“Tak nak ambil duk diam-diam” Komen panas Michael Ang, Ayda Jebat turut reply

2,820 views

Agak kecoh juga sejak beberapa hari ini tentang kisah artis bercerita tentang pengambilan suntikan vaksin.

Kisahnya bermula apabila ada seorang pelakon popular telah mengeluarkan satu kenyataan kecewa kerana pengambilan vaksin ini seperti diwajibkan.

Antara yang disentuh ialah paksaan vaksin kepada warga emas yang dah berusia, sampaikan ada yang duduk atas kerusi roda di bawa ke pusat vaksin.

Artis berkenaan turut mengatakan warga tua juga bukannya akan dibawa ke luar negara, kalau anak bercuti pun.

Menjawab kenyataan berkenaan, pengarah Michael Ang telah mengatakan mereka yang bawa ibu bapa pergi ambil suntikan kerana mereka sayang ibu bapa. Ianya untuk kesihatan mereka terhindar dari terkena jangkitan virus.

Michael Ang meminta itu adalah hak masing-masing untuk tidak ambil suntikan namun tak perlulah buat kenyataan tentang hal itu.

Mak saya umur dah 93 tahun dan kami adik beradik memang paksa dia ambil suntikan vaksin. Kepada artis yang tanya kenapa kita paksa dia, ini sebab kami adik beradik amat sayang dengan dia.

Kita akan buat apa saja untuk orang yang kita sayang, faham ke tidak wahai artis yang bijaksana tu. Kau tak nak itu hak kau. Kenapa nak personal hak kita nak lindungi orang tersayang.

Itu saya dah beri jawapan kepada artiss yang bijaksana tu. Tak nak ambil vaccine silalah duduk diam tak perlu nak buat statement kurnag cerdik.

Hal ini nampaknya dipersetujui oleh penyanyi dan pelakon Ayda Jebat. Menerusi ruang komen, Ayda Jebat ada menulis responnya.

Vaksin kat orang tua tu bukannya sebab nak bawa mereka tu pergi luar negara. Aduhai, tol damansara pun tak tentu lagi. Fikirlah jauh sikit, boleh simpanlah lembab dalam tin biskut.

Orang yang kurang mampu yang terima suntikan vaksin bukan kerana nak pergi luar negara. Ini sebenarnya memudahkan dan hati lebih senang untuk pergi kerja, untuk jaga diri dan family, dan untuk jaga mak ayah yang ada nak keluar pergi ngeteh ke. Orang yang kaya saja akan fikir vaksin orang tua kerana nak pergi luar negara.

Itulah pandangan dari Michael Ang dan juga Ayda Jebat tentang isu ini.