“Sangat berat nak cakap” Tak tahan, Issey terus menangis, ramai terkejut

5,012 views

Pelakon, pelawak yang juga penyampai radio, Issey telah buat satu pengumuman mengejutkan bahawa dia akan meninggalkan stesen radio Suria FM.

Selebriti berumur 34 tahun ini mengesahkan akan meninggalkan Suria FM setelah tiga tahun bertugas sebagai penyampai di stesen radio berkenaan.

Hari ini adalah merupakan hari terakhir Issey akan ke udara.

Pemilik nama Fazlisham Mat Hussin ini berkata dia dan buat keputusan untuk tak sambung kontraknya yang sepatutnya berakhir pada 31 Julai.

Sebabnya ialah kerana Issey telahpun ada buat perancangan masa depannya untuk buat benda lain.

Pagi tadi, Issey dilihat mengalirkan air mata ketika berbicara tentang hari terakhirnya di konti.

Untuk makluman semua, pada hari ini, ianya merupakan hari terakhir saya berada di Suria FM. Saya sendiri yang pilih untuk tak sambung kontrak sungguhpun sebenarnya begitu menyayangi stesen Suria FM. Akan tetapi, saya buat keputusan ini kerana saya ada rancangan saya yang tersendiri.

Issey memang akui dia ada rasa berat hati nak tinggal stesen radio Suria FM, namun tetap bersyukur sebab diberi peluang menjadi penyampai radio di stesen berkenaan.

Sememangnya begitu banyak kenangan yang terindah sepanjang tiga tahun bekerja di sana.

Hari ini amat berat sebenarnya untuk aku hari ni. Kenangan selama tiga tahun di radio stesen Suria FM sentiasa jadi satu memori indah dan begitu bermakna buat saya serta adik-beradik di sini.

Tentang puncanya, Issey bagaimanapun tak mahu mendedahkan tentang perancangannya itu, namun tetang beri janji akan cerita tentang plan dia tu bila masa yang sesuai kelak.

Dalam pada itu, rakan penyampai, Fizi Ali dilihat terus menangis apabila mendengar ungkapan dari Issey, seterusnya membuatkan Issey tak dapat kesedihan sayu hatinya.

Aku tak pernah menangis dalam radio, depan kau tak tak nangis, aku anggap kau macam adik beradik, masa aku susah kau sentiasa ada, kau tolong aku masa aku tak ada duit.” Itulah luahan dari Fizi.

Sudah tentu ramai peminat terkejut dan tak sangka dengan keputusan Issey itu, akan tetapi kita tunggu apa plan Issey.

Untuk info, Issey bersama Ajak dan Fizi Ali bertiga telah mengendalikan segmen Team Pagi Suria.

Issey bermua sejak tarikh 6 Ogos tahun 2018 dan hari ini merupakan hari terakhirnya ke udara. Issey akan bercuti sehingga kontraknya akan tamat hujung bulan ini lagi.