“Saya tak kecil hati, betul kata dia tu, saya hanya serah pada Tuhan” Pakcik viral

2,162 views

Video viral seorang usahawan iaitu Carl Samsudin yang didakwa telah menjatuhkan air muka seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur pada tarikh 27 Julai yang lepas masih lagi jadi topic utama hari ini.

Carl Samsudin ada buat kenyataan dan telahpun meminta maaf, malahan pihak pegua Carl juga dah buat kenyataan tentang hal berkenaan.

Kali ini kita nak tumpukan kepada pakcik tersebut, iaitu warga emas yang ada di dalam video berkenaan.

Pengacara Helmy Ashley telah hadir ke pusat transit gelandangan itu dan mahu berjumpa dengan pakcik berkenaan. Nama warga emas tersebut ialah Pakcik Abdul Hadi.

Satu video tembual telah dimuatnaik oleh Helmy Ashley menunjukkan pakcik berkenaan ditanya beberapa soalan berkenaan peristiwa yang sedang hangat itu.

Apabila ditanya tentang kejadian yang menimpa dirinya itu, pakcik Abdul Hadi berkata dia tak berkecil hati pun.

Tiada kecil hati, ikhlas saya cakap. Dia cakap bukan Tuhan yang ubah nasib kita, itu kata dia, saya ingat ustaz cakap, betul saya fikir, jadi dia ada tanya, saya pun angkat tangan. Kemudian dia panggil saya ke depan.

Ditanya kata-kata kepada orang ramai yang menyokongnya dan kasihan melihatnya, pakcik Abdul Hadi hanya berterima kasih, namun mengatakan sekali lagi, apa yang dikatakan oleh usahawan berkenaan iaitu Carl Samsudin adalah betul.

Terima kasih banyak, saya tak boleh balas, saya hanya serah pada Tuhan, memang jawab dia tu betul, bukan Tuhan yang ubah nasib kita, kita yang kena ubah.

Pakcik Abdul Hadi berkata dia dihantar ke tempat gelandangan itu oleh pihak DBKL.

Ini video penuh yang dimuatnaik oleh Helmy Ashley.

Memang baik dan suci betul hati pakcik ni, seorang yang mulia, walaupun ramai yang menyelebahi dirinya, dia hanya serah pada Tuhan dan langsung tak terasa hati.