"Tak solat, tak puasa semasa di puncak" Penyesalan Shuk Sahar - News Tel

“Tak solat, tak puasa semasa di puncak” Penyesalan Shuk Sahar

513 views

Shuk Sahar nama yang cukup satu masa dulu. Bermula sebagai pelawak, Shuk menerima pelbagai tawaran dalam bidang seni seperti lakonan, menjadi penyampai radio, pelawak dan juga sebagai pengacara. 

Berada di punca kerjaya, Shuk akui dirinya telah hanyut dengan segala pemberian yang dinikmatinya. Terus hanyut di bawa arus tanpa bersyukur dan sujud kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, pemberi segala nikmat. 

JAUH TERSASAR 

Shuk akui, tidak solat, tidak berpuasa dan tidak menjalankan perintah dari Allah ketika berada di puncak sebagai seorang selebriti. 

Terlalu jauh dan tersasar, akhirnya Shuk jatuh terduduk kembali ke dasar, ditarik nikmat yang dipinjamkan buat seketika. 

Pelawak ini berkata sedemikian dalam satu temubual di siaran Youcast baru-baru ini. 

“Saya ada kerjaya, rumah saya besar dan pernah viral, ada kereta mewah macam Mercedes dan Vellfire. Buka TV je ada muka saya, saya pengacara sana sini.”  

“Masa tu kalau pergi mall, beli saja. Sampaikan ada tahap pernah beli barang tak pernah tanya harga barang.”  

“Itu masa saya tengah peak, berada di puncak. Itu titik kejayaan di mata manusia.” 

“Tapi sebenarnya itu juga merupakan titik saya sebagai manusia yang hina.” 

“Mengapa sya kata seperti itu, sebabnya, saya tak solat, tak puasa. Sampai masa tu tak solat Jumaat pun tak ada rasa malu.” 

“Saya pilih untuk keluar dengan kawan-kawan berbanding pergi masjid.” 

“Masa selama lima minit nak solat tu macam waktu yang sia-sia.”  

KALAULAH ALLAH TAK BERI PELUANG 

Kata Shuk lagi, ketika dirinya jatuh, dia dah tersedar dari lamunan nikmat. 

Betapa dirinya masih lagi disayangi Tuhan Yang Maha Penyayang, untuk memberinya peluang kedua, kembali ke jalan yang benar. 

“Kalau masa itu Allah tak beri peluang, Allah ambil abang terus, apa yang akan jadi? Apabila fikir balik, betapa besarnya kuasa Allah.”   

“Bila orang tanya abang sudah berubah ke tak, saya jawab bukan berubah, tetapi kini saya cuma jalani hidup yang sepatutnya. Hidup ini sebenarnya menunggu mati saja.” 

“Sementara kita menunggu saat pergi buat selamanya, Allah beri kita sedikit hiburan, ini termasuk jawatan, pangkat, isteri dan anak-anak. Akhirnya kita akan mati juga.” 

Jom tonton pendedahan dari tuan punya badan sendiri.

Itulah kisah pengajaran dari Shuk Sahar

Latest from Hiburan


Keputusan kes Farid Kamil dan Diana Danielle

872 views

Pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi ini. 

Ianya untuk sebutan kes rujuk dan cerai yang difailkan oleh Diana terhadap Farid Kamil pada bulan Oktober yang lalu. 

Diana, 33 tahun, terlebih dulu tiba di mahkamah dengan mengenakan busana hitam. 

Setelah tiba, para wartawan mengerumuninya namun Diana tidak memberi sebarang kenyataan. 

Pelakon ini hanya berjenaka mahu cari nasi lemak apabila ditanya tentang harapannya.  

Ini kata dari Diana secara berseloroh “Harapan? Saya mahu cari nasi lemak.”  

Tidak lama kemudian, Farid Kamil pula tiba di mahkamah. 

Apa yang menarik perhatian ialah Farid memakai songkok dengan lilitan putih, sambil mengenakan kurta putih. 

Farid kemudian meminta dokan yang baik saja buat mereka berdua. 

“Semoga yang baik-baik saja hari ini.” 

Peguam kepada Diana berkata, hari ini ada dua permohonan iaitu kes rujuk dan juga kes cerai. 

“Pada hari ini ada dua permohonan iaitu kes rujuk dan cerai. Akan teruskan dengan rujuk dulu dan kemudian diikuti dengan kes sebutan cerai.” 

“Memang kedua-dua belah pihak kena hadir ke mahkamah pada hari ini.” 

KEPUTUSAN KES 

Untuk sebutan pada hari ini, mahkamah telah mengesahkan Farid dan Diana masih lagi suami isteri yang mana mereka berdua memang benar telah rujuk setelah bercerai pada tahun lalu.

Mereka merujuk pada tarikh 31 Ogos tahun 2023. 

Bagi meneruskan permohonan penceraian yang difailkan oleh Diana, semua dokumen perlu lengkap termasuklah kes rujuk tersebut. 

“Perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen berkenaan kena dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada tarikh 2 Disember ini.” 

Semasa keluar dari mahkamah, Diana ada ditemui media, dan hanya tersenyum saja. 

Namun Diana menegaskan ini bukanlah kerana ada moment yang gembira sebaliknya dia senyum untuk media saja. 

“Ini bukanlah moment yang gembira ye, jangan salah faham, cuma saya nampak rakan media saja.” 

Oleh itu, untuk melengkapkan segala dokumen, kes ini akan disebut semula pada bulan Disember depan.  

Diimbas kembali, Farid Kamil dan Diana Danielle pernah bercerai pada bulan Ogis tahun 2023, namun telah kembali rujuk sebagai suami isteri.  

Mereka berdua berkahwin pada tahun 2012 dan mempunyai dua ornag anak iaitu Che Mad dan juga Aurora. 

Go to Top