Keputusan penuh dan markah peserta di final Muzikal Lawak Superstar musim ke 4 - News Tel

Keputusan penuh dan markah peserta di final Muzikal Lawak Superstar musim ke 4

6,531 views

Sarkas telah dinobatkan sebagai juara program Muzikal Lawak Superstar pada musim ke 4 (MLS4) yang telah berlansung malam tadi, malam Ahad. 

Kumpulan yang terdiri dari Danial Zaini, Shashic dan personaliti Tiktok iaitu Acap S, telah berjaya merangkul gelaran juara.  

Ketiga tiga mereka telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150 ribu dan trofi kejuaraan. 

Ketika diumumkan sebagai pemenang, kesemua mereka dilihat tak dapat menahan air mata yang mengalir berjujuran, tangisan kegembiraan. 

Shuib Sepahtu merupakan artis jemputan buat Sarkas, dan turut kelihatan Mamat Sepah yang hadir memberi sokongan kepada mereka. 

Tempat kedua pula jatuh kepada kumpulan Padie yang dianggotai oleh Fad Bocey, Namie dan Aretoy. 

Kumpulan Padie membawa pulang wang tunai RM75 ribu dan juga trofi. 

Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Putehh yang dianggotai oleh Ali Puteh, Man Raja Lawak dan Aya, dan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50 ribu berserta trofi. 

Zulin Aziz dari kumpulan Zuara terpilih sebagai pemenang Anugerah Superstar Paling Gempak di pentas final. 

Ini keputusan penuh dan markah untuk final Muzikal Lawak Superstar musim ke 4. 

Juara : Sarkas (67.89%) 

Naib Juara : Padie (67.07%) 

Ketiga : Putehh (64.57%) 

Keempat : Deroyan (64.47%) 

Kelima : Zuara (63.18%) 

Anugerah Superstar Gempak : Zulin Aziz (Zuara) 

Dapat dilihat markah di final Muzikal Lawak Superstar, point antara juara dan juga naib juara amat tipis sekali hanya dibezakan dengan perbezaan 0.8 peratus saja. 

Sistem permarkahan untuk rancangan ini ialah 70 peratus dari para juri manakala ada 30 peratus dari undian penonton dan peminat. 

Juri untuk musim kali ini ialah Saiful Apek, Harith Iskander dan juga Anna Jobling, manakal AC Mizal merupakan pengacaranya. 

Tahniah kepada para pemenang Muzikal Lawak Superstar musim ke empat ini, semoga sukses selalu. 

Latest from Hiburan


Ketiadaan Misha Omar di semi final Muzik Muzik cetus tanda tanya

667 views

Semalam telah berlangsung semi final Muzik-Muzik ke 39. Ramai yang ternanti persembahan dari penyanyi Misha Omar, namun ternyata para peminatnya kecewa.

Misha Omar tidak muncul di atas pentas untuk mempersembahkan lagu berjudul Masihkah Ada Rasa Itu sebaliknya digantikan oleh Vanessa Reynauld. 

Ketiadaan Misha yang mesra disapa dengan nama Kak Mish ini ternyata mengecewakan ramai para peminatnya. 

Sehingga kini belum lagi ada kenyataan rasmi tentang mengatakan Misha tidak menyanyi di semi final Muzik-Muzik. 

Namun dikatakan, ada sebab yang tak dapat dielakkan olehnya, sehingga tidak dapat turut serta membuat persembahan. 

Di media sosial, ramai peminat meluahkan rasa kecewa kerna tidak dapat menyaksikan bekas pemenang Anugerah Juara Lagu itu beraksi di pentas berprestij berkenaan. 

Ini antara komen netizen. 

“Kecewanya Misha Omar tak ada pula. Saya mahu keadilan untuk Masihkah Ada Rasa Itu.” 

“Maaf cakap ni tetapi kan, semua lagu Misha Omar memang tercipta untuk dia seorang sahaja. Vanessa okay tapi saya nakkan Misha Omar jugak.” 

“Kalaulah lagu Masihkah Ada Rasa Itu layak ke AJL,  boleh tak kami mahu Misha Omar. Noktah.” 

Misha layak ke semi final Muzik-Muzik melalui lagu Misahkan Ada Rasa Itu, yang merupakan ciptaan Misha sendiri bersama Sharon Paul dan juga Que Afiq.

Selain Misha, seorang lagi peserta iaitu Fahimi Rahmat yang popular menerusi lagu Angau juga tidak dapat beraksi. 

Fahimi kini sedang berada di tanah suci mengerjakan umrah, dan tempatnya digantikan oleh Sharul Kamal. 

Untuk info, para juri untuk semi final Muzik-Muzik kali ini ialah anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim, Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap, dan juga Ad Samad. 

Rancangan ini dikendalikan oleh Izzue Islam dan juga Fiza Frizzy. 

Anugerah Juara Lagu kali ke 39 dijangka diadakan pada bulan Januari tahun 2025, tahun depan. 

Go to Top