Anak ketiga mimpi Siti Sarah “Ibu dah balik bawa baby Ayash”

30,709 views

Kerinduan seorang anak kepada ibunya yang sudah pergi buat selamanya, tidak boleh digambarkan, hanya mereka yang pernah rasa saja yang tahu.

Begitulah rasa anak-anak kepada arwah Siti Sarah dan juga Shuib, yang baru saja kehilangan insan yang paling rapat dan disayangi.

Semalam, Shuib sempat bercerita tentang kisah anaknya yang ada bermimpi ibunya.

Anak ketiga kepada pasangan ini iaitu Ariq Matin yang kini berumur enam tahun, ada termimpikan ibunya, Siti Sarah.

Ketika mahu memandikan Ariq Matin, Shuib berkata anaknya itu tiba-tiba cakap dia ada mimpi ibunya dan juga adik bongsunya.

Nak cerita sikit, tadi masa mandikan Matin, yang kecil tu, tiba-tiba je dia cakap, tadi Matin mimpi ibu. Saya kata alamak hai seronoknya, aku ni minta nak mimpi Sarah tak dapat-dapat.

Matin cerita tentang mimpi dia tu, masa tu ibu datang balik rumah balik dan dia bawa baby bongsu, ibu bawa Ayash. Lepas tu ibu bagi Matin pegang Ayash, ibu masa tu diam je, dia tak cakap apa-apa pun.

Shuib yang merindui arwah isterinya itu kemudian berkata kepada Matin, jika mimpi lagi, pesan minta ibunya itu masuk ke mimpi Shuib pula.

Saya pun cakap kat dia, nanti kalau Matin mimpi ibu lagi, bagi tahu kat ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy, dah rindu sangat nak jumpa dia. Sejak dari hari Isnin saya doa minta sangat-sangat untuk mimpi dia. Tapi dia tak datang.

Shuib kemudian bercerita dia ada terima mesej dari seorang wanita yang mengatakan telah bermimpi arwah Siti Sarah.

Ada seorang wanita ni mesej tu cakap dia ada mimpikan arwah pada Selasa malam. Dia cakap, dia mimpi Siti Sarah menyanyi depan ramai orang. Ramai sangat tengok Sarah menyanyi dan persembahan dia amat hebat.

Walaupun masih sedih, Shuib akui dia sudahpun redha dengan pemergian Siti Sarah.