Sebelum ini pelawak yang juga ahli Senario, Lan Pet Pet ada dirakam sedang berurusan dengan seorang lelaki lain yang telah mengundang persoalan.
Sehinggakan pelbagai tuduhan yang tak baik dilemparkan kepadanya. Antara tuduhan yang dibuat ke atas Lan Pet pet ialah menjual barang terlarang. Hari ini, Lan Pet Pet telah tampil menjelaskan perkara yang sebenar.
Lan Pet Pet atau nama penuhnya Mazlan Ahmad berkata dia sebenarnya jual barang untuk kaum Adam, bukannya barang yang dilarang.
“Saya tak ada jual pun barang terlarang seperti dikatakan pun, nanti saya kasi tahu, orang kata saya buat gimik pulak. Jadi nak tahu lah barang tu, ni special untuk kaum Adam saja.”
“Pakcik tu kata tak reti nak beli online, jadi saya kata takpa pakcik mari datang. Tapi ada orang ni pergi rakam, dia fikir benda apa. Saya bukan buat gimik, ni nak kasi clear.”
“Kejadian tu di Alor Setar, saya ada urusan pergi balik. Hal ni baru terjadi dua tiga hari lepas, tak sampai seminggu.”
Lan Pet Pet kemudian tunjukkan barang apa yang dijualnya kepada pakcik berkenaan, ubat untuk oramg lelaki.
Jelas Lan, dia memang nak ambil tindakan undang-undang kepada yang menyebarkan cerita tak betul itu, namun kini dah pun memaafkan individu berkenaan. Lan juga dah maafkan mereka yang cakap perkara tak betul kepadanya.
“Mulanya memang nak ambil tindakan udang-undang tetapi lepas bincang dengan lawyer saya tarik semual hasrat berkenaan. Kalu ikutkan boleh saja teruskan saman dan individu itu kena bayar jumlah yang besar nanti.”
“Saya ada belas kasihan dan tak nak reputasi saya tercalar. Saya memaafkan individu dan semua yang sebar video itu dan mengata saya.”
Lan berkata dia juga tak report polis kerana tak mahu hal ini berpanjangan lagi. Itulah penjelasan dari Lan Pet Pet tentang video dirinya yang viral baru-baru ini.