Ada sebab kenapa doktor belum bagi gambar baby pada Shuib, ini jawapannya

15,953 views

Sudah lebih seminggu usia anak bongsu, anak keempat Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah di lahirkan di dunia ini. Nama yang ditetapkan oleh Shuib kepadan baby barunya itu ialah Ayash Affan, nama yang pernah dipilih oleh Siti Sarah ketika masih hidup.

Sehingga kini Shuib memberitahu dia belum dapat melihat wajah anaknya walaupun menerusi gambar atau video.

Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya, kenapa pihak hospital, doktor atau nurse tak ambil foto saja dan tunjuk gambar berkenaan kepada Shuib. Kan mudah saja.

Sebenarnya ada sebabnya kenapa doktor atau nurse tak buat sedemikian. Shuib sendiri sudah tahu jawapannya.

Jelas Shuib dia ada minta gambar atau video kerana nak lihat wajah baby barunya itu, malah anak-anak yang lain turut selalu tertanya-tanya dan nak tengok gambar adik mereka.

Namun doktor masih mengatakan masanya tak sesuai buat masa sekarang ini. Sebabnya, baby Ayash Affan masih di dalam NICU (Neonatal ICU) dan sedang memakai topeng untuk bernafas.

Jom baca komen dari Shuib tentang perkara ini.

Hal ini (tentang gambar) saya ada tanya kepada doktor, tetapi isunya, anak saya sekarang ni masih lagi pakai topeng pernafasan di wajahnya. Oleh itu doktor tak nak saya akan bertambah sedih dan risau apabila lihat bayi saya dalam keadaan seperti itu. Adalah lebih baik kalau saya tunggu sampai alat itu ditanggalkan terlebih dulu. Buat masa ini doktor kata tunngu peluangnya akan tiba untuk saya lihat baby.

Itulah penjelasan Shuib tentang apa yang doktor cakapkan. Maksudnya, jika ambil gambar sekarang, dalam gambar itu nanti baby akan kelihatan dengan alat pernafasan di wajahnya, dan ini boleh membuatkan Shuib sayu dan sedih tengok baby sedemikian. Oleh itu adalah lebih baik tunggu keadaan baby benar-benar baik nanti dan sudah tidak pakai topeng pernafasan.

Shuib turut menyatakan baby Ayash Affan akan dibenarkan pulang setelah umurnya sebulan, sekiranya beratnya bertambah baik dan keadaannya stabil.