Perniagaan jatuh, dulu RM4 juta sekarang hanya RM500 ribu, dugaan Siti Nurhaliza

13,088 views

Bergelar antara penyanyi paling terkenal dan berjaya di tanah air, Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza melebarkan lagi kerjayanya dan telah masuk ke dunia perniagaan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid.

Antara jenama yang amat kukuh yang diusahakan oleh Siti Nurhaliza ialah jenama kosmetik, Simply Siti dan juga rangkaian produk kecantikkan dan kesihatan iaitu Beausiti.

Dua tahun melalui fasa perintah kawalan pergerakkan kerana kedatangan virus, Siti Nurhaliza akui perniagaannya turut terkena tempias.

Jualan Simply Siti dan Beausiti alami penurunan jualan yang mendadak sehingga 90 peratus. Malahan jika dulu jualan mencecah RM4 juta kini jualan yang diraih hanyalah RM500 ribu saja. Ini komen Siti dari portal Kosmo Online.

Tak boleh nafikan semua produk saya jual memang dah terkesan. Sama juga seperti kebanyakan ahli perniagaan yang lain, ramai terkesan.

Kami memang redha dengan keadaan yang berlaku ini. ianya merupakan satu cabaran buat satu dunia. Syarikat yang besar dan kecil juga memang akan tetap terkesan.

Namun Siti Nurhaliza tetapi kekal optimis dan akan berusaha untuk terus berjuang meneruskan perniagaannya. Siti akan terus positif dan tak mahu berputus asa.

Saya mahu ucapkan banyak terima kasih kepada suami kerana banyak fikir langkah untuk berdepan dengan cabaran ini.

Siti juga ada berbincang dengan para pekerja dan staff tentang rancangan dan juga cabaran yang mereka hadapi.

Kami ada tukar rancangan, dan dah berterus-terang dengan kakitangan supaya bersedia dengan cabaran yang kami lalui.

Dah tanya pada semua staff samada mereka nak sama-sama berjuang ataupun tak. Kadangkala ada pekerja tak setuju.”

Keadaan sekarang ni perlu bincang hati ke hati. Tanya staff sama ada mereka sanggup susah bersama-sama atau tidak dan bukannya hanya pada waktu senang saja.

 Jelas Siti Nurhaliza, dia memang kena kuat apatah lagi banyak tanggungjawab termasuk para pekerjanya.

Saya kena ada kesabaran dan ketahanan mental yang tinggi sebab ada banyak tanggungan termasuk staff yang ada. Kena acari jalan untuk cabaran yang datang bukannya kena down dan putus asa.

Jelas Siti Nurhaliza dia sedar bukan saja perniagaannya yang terkena, malah banyak yang kena dan ada yang lagi teruk.