“Saya tak sangka temu jodoh dengan penyanyi Ezlynn” Wan Hafizam

5,977 views

Penyanyi terkenal Ezlynn, 39 tahun, rupanya baru saja berkahwin dengan lelaki bernama Wan Hafizam Wan Ismail, 45 tahun, sekitar dua minggu lepas.

Wan Hafizam berkata, dirinya seakan tak percaya telah berkahwin dengan seorang artis.

Ini antara kata-kata dari lelaki ini: “Saya memang tahu dia seorang artis tapi tak sangka dapat  bertemu jodoh dengannya.

Antara yang membuatkan dirinya tertarik dengan isterinya itu ialah Ezlynn sebenarnya seorang yang amat mengambil berat soal solat.

Satu hal tentang Ezlynn yang saya amat suka ialah dia amat ambil beratkan tentang solat. Dia begitu menjaga hal ini walaupun dia dalam kesibukkan.

Saya pun tak sangka akan bertemu jodoh dengannya sebab saya ini orang biasa sedangkan dia seorang penyanyi terkenal.

Hafizam bercerita bahawa dia dan Ezlynn mula bertemu di satu program amal pada tahun lepas.

Kami bekerjasama kat satu program amal di Kuala Lumpur pada tahun lepas. Saya kenal Ezlynn sebab dia seorang penyanyi dan memang semestinya dia tak kenal saya.

Semuanya berlaku dalam tempoh yang singkat saja, memang tak disangka-sangka mai bertemu jodoh. Saya akui memang kami bercinta selepas kahwin.

Hafizam bercerita dia telah menyatakan hasrat berkahwin kepada ibu bapa Ezlynn dan majlis diadakan secara ringkas di rumah Ezlynn.

Kami dinikahkan sendiri oleh bapa Ezlynn sekitar dua minggu lepas di rumah Ezlynn. Majlis secara ringkas dan semuanya lancar. Minta doakan  perkahwinan kami akan kekal dan bahagia sampai ke akhir hayat.

Untuk info, Wan Mohd Hafizam sebelum ini pernah viral kerana menjadi penderma hati kepada seorang anak kecil bernama Afiq Iqmal sungguhpun mereka tak ada hubungan. Memang baik hati betul suami kepada Ezlynn ini.