“Nampak dah hilang hormat” Netizen kecewa cara Cik B live dengan DS Vida

43,068 views

Kisah antara Dato Seri Vida dan Ahmad Iqbal memang sering jadi tajuk berita di banyak portal-portal sejak akhir-akhir ini.

Namun ketika ini, ramai yang masih tertanya-tanya apa status sebenar DS Vida dengan Iqbal sekarang.

Perkahwinan yang dirancang pada bulan Disember masih samar-samar setelah kisah anak-anak Dato Seri Vida yang seakan tak setuju dengan perkahwinan mereka.

Anak perempuan Vida iaitu Cik B antara yang lantang menyuarakan rasa kurang senang dengan rancangan perkahwinan mama nya itu.

Sebelum ini Cik B ada berkata faktor usia memainkan peranan dan Iqbal umpama abang long kepadanya saja.

Baru-baru ini, ada sesi live antara Cik B dan mamanya, Dato Seri Vida. Melalui live berkenaan, Cik B ada dilihat bertanya soalan yang agak sensitive kepada mamanya.

Cik B bertanya apa sebenarnya status hubungan antara DS Vida dengan Ahmad Iqbal. “Apa mama punya status dengan si dia. Adakah masih berharap, masih melamun cinta tu. Ha jawab.

Namun begitu cara pertanyaan yang disertai gelak tawa membuatkan ramai beranggapan tindakan Cik B itu kurang elok.

Cara Cik B bercakap dengan mama dilabel sebagai tak beradab oleh netizen. Dapat juga dilihat DS Vida kurang senang dan hanya mendiamkan diri saja.

Vida kemudian berkata adalah lebih baik dia bercakap dengan Cik B di luar dari sesi live.

“I am going to keep this answer after I meet you right after this.” Itu jawapan dari Dato Seri Vida yang dilihat seakan menegur anaknya itu.

Ini video berkenaan, perbualan antara Cik B dan juga DS Vida.

Video ini ada dimuatnaik di satu akaun Tiktok dan di ruangan komen, rata-rata setuju, cara percakapan Cik B itu agak kurang sesuai kerana dilihat mengusik hati ibunya.

Ini respon dari para netizen tentang video ini.

Makin lama macam dah hilang hormat pada mak dia. Buat malu kat mak kepada umum.” Tulis seorang netizen.

Ni akibat ramai terlalu back up Cik B, sian juga pada mak dia.” Antara komen dari netizen lain.

Apapun, kita doakan yang terbaik buat Dato Seri Vida dan juga anak-anak.