Pelakon Miera Leyana kini telahpun bergelar ibu setelah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada tarikh 16 Mei 2021.
Baby sudah pun masuk ke umur enam bulan, ramai yang nak tahu info lanjut tentang baby berkenaan, namun Miera Leyana menyatakan dia masih belum bersedia, malah ianya juga di atas permintaan suaminya, Rosland Othman.
“Untuk masa ini, saya masih lagi belum bersedia untuk tayang atau dedahkan wajah serta info anak saya termasuk jantina. Sebabnya itu adalah di atas keputusan serta permintaan dari suami saya.”
Miera Leyana mendedahkan hal berkenaan kepada portal Harian Metro. Pelakon berumur 28 tahun ini juga akui, sejak bergelar ibu, dia memang hanya lebih fokus pada baby saja.
“Saya ni bukan selalu dapat solek dan bersiap macam ni sejak bergelar ibu. Ini kerana tumpuan saya khas untuk anak. Nak ambil masa untuk diri sendiri pun, saya rasa bersalah kerana masa itu seharusnya untuk anak saya.”
“Sekarang dia kan masih kecil dan amat perlukan tumpuan serta penjagaan rapi. Saya masih lagi nak sesuaikan diri sebagai ibu, dari segi tanggunjawab dan juga peranan saya.”
Selain tidak berlakon, kini Miera Leyana juga ambil keputusan untuk berehat dari media sosial dan memberi tumpuan kepada keluarga.
Miera berkata suaminya memang banyak membantu apatah lagi Rosland Othman ada pengalaman menjaga anak kecil sebelum ini.
“Syukur sangat, suami banyak membantu contohnya macam tukar lampin dan mandikan anak, kadangkala walau dia baru balik kerja, dia tetap jaga anak dan layan kerenah saya. Selain suami, mak saya juga ada banyak tolong saya.”
Miera Leyana dan Rosland Othman, 47 tahun, berkahwin pada Julai 2020 dan menerima kehadiran cahayamata pada 16 mei 2021.