Foto atas pelamin, ini kenyataan Janna Nick, Tya Adnan pula pecah lubang

7,031 views

Pada tarikh 1 November, Janna Nick telah muatnaik satu foto menunjukkan dirinya berada di atas pelamin, bagaikan sudah bernikah atau sudah bertunang.

Memakai pakaian singket ala-ala baju kahwin, Janna Nick turut menulis caption memberi hint umpama dirinya sudah disunting.

Tak lama kemudian, Janna Nick muatnaik gambar seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengannya di atas pelamin juga.

Kali ini, Janna Nick menutup wajah lelaki berkenaan, sambil menulis caption, menyatakan biarlah rahsia.

Dilihat diruangan komen, ramai yang dah mula memberi ucapan tahniah kepadanya, dan ini termasuklah rakan-rakan artis.

Malah kekasih hatinya, iaitu pelakon kacak, Dini Schatzmann turut ada menulis komen di gambar berkenaan, yang mana Dini mengatakan tarikh yang dipilih amat cantik iaitu 1 November 2021.

Setelah berdiam diri, akhirnya Janna Nick tampil memberi kenyataan tentang hal ini. Dah kahwin ke, atau bertunang ke, nak baca komen dari Janna.

“Sebenarnya, saya masih belum lagi nikah atau kahwin. Gambar itu hanya merupakan satu lakonan, salah satu babak drama.”

Bukannya saya sengaja nak berteka-teki. Saya sekadar upload gambar sedang jalani penggambaran saja.” Itulah penjelasan dari Janna Nick.

Janna berkata, tentang hari bahagianya nanti, sudah tentu dia akan memberitahu kepada umum kelak. Namun buat masa sekarang masih belum lagi ada plan seperti itu.

“Tentang soal jodoh dan kahwin ini, saya tetap akan cerita kepada semua orang sekiranya sudah tiba masanya kelak.”

“Macam yang saya beritahu sebelum ini, buat masa sekarang ini, masih belum ada perancangan ke arah itu. Apapun, harapnya dapat doakan yang terbaik buat kami berdua.”

Dalam pada itu, persoalan siapakah yang duduk di sebelah Janna Nick itu akhirnya terjawab setelah Tya Adnan menulis satu komen di gambar tersebut.

Okey, saya kenal suami saya.” Tulis Tya Adnan, isteri kepada pelakon Shukri Yahya.

Sharnaaz Ahmad, rakan baik Shukri Yahya turut menulis komen, “Aku kenal, kembar aku.

Kemudian ramai netizen yang menulis komen, akhirnya lega dapat tahu bahawa lelaki tersbeut ialah Shukri Yahya.

Sekadar info, Janna Nick dan Dini Schatzmann telah menjalinkan hubungan sejak tahun 2019. Mereka berdua secara terbukan menyatakan sedang mengenali hati budi masing-masing.

Ramai para peminat tak sabar mahu melihat Janna Nick dan Dini Schatzmann naik pelamin.