Dah tak boleh nak sorok dah, itulah antara komen dari segelintir peminat setia Neelofa apabila melihat video dan gambar terkini selebriti berkenaan.
Ianya merujuk kepada ura-ura yang mengatakan bahawa pengacara dan pelakon ini kini sedang hamil anak pertamanya.
Dari gambar terbaru Neelofa, memang semakin jelas kelihatan, Neelofa kini sedang hamil anak pertama.
Beberapa gambar terkini telah diupload oleh page peminat Neelofa di laman Instagram, yang mana jelas kelihatan Neelofa sudah ada baby bump.
Ini merupakan gambar terkini, ketika di majlis Malam Cahaya Rasulullah di adakah di Bizmillah Wedding Centre, Grand Palace Ballroom, One City Subang.
Jom lihat gambar Neelofa.
Antara komen dari peminat Neelofa ialah mereka akui, gambar ini adalah yang paling jelas kelihatan baby bump Neelofa. Ramai diantara mereka juga yang teruja lantas mendoakan agar segala urusan Neelofa dipermudahkan.
“Dalam banyak gambar kata Lofa sedang berbadan dua, gambar ini nampak jelas baby bump Neelofa. Semoga Lofa dan baby dalam keadaan sihat selalu.”
Ada juga peminat yang meneka usia kandungan Neelofa itu: “Nampak dah, tengok macam dah nak masuk ke 5 bulan.” Tulis seorang peminat.
Jom baca komen-komen dari peminat Neelofa.
Kisah kehamilan Neelofa ini tidak pernah disahkan oleh tuan punya badan dan juga suaminya PU Riz. Pasangan ini mengambil pendekatan untuk tidak berbicara tentang hal berkenaan.
Sebelum ini, Neelofa pernah berkata, adalah lebih baik memberi khabar ketika anak sudah dilahirkan dan kepada orang di luar sana adalah lebih baik mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
Neelofa, 32 tahun dan Pu Riz, 26 tahun, telah mendirikan rumah tangga pada tarikh 27 Mac 2021 di sebuah hotel.