“Try hard, memualkan, temberang” DS Vida sentap dengan muzik video lagu Iqbal

6,457 views

Ahli perniagaan terkenal tanah air, Datuk Seri Vida memberi respon tentang music video dan lagu nyanyian Iqbal Zulkefli, bekas kekasih hatinya.

Jelasnya, dia dah tonton video muzik itu namun tak sanggup nak tengok sampai habis.

Vida turut melabel Iqbal Zulkefli sebagai seorang yang dahagakan popularity sampai sanggu jaja kisah cinta mereka.

Ini komen dari Datuk Seri Vida tentang muzik video lagu Hujan nyanyian Iqbal Zulkefli, melalui laporan Mstar.

“Saya memang sentap bila orang samakan jalan cerita dalam muzik video itu dengan kisah kami. Memang try hard yang agak memualkan. Dia ni seorang yang laparkan populariti, akan buat apa saja untuk capai impian jadi popular.”

“Tak sanggup nak tengok video itu sampai habis. Dia sanggup jaja kisah peribadi, semuanya penuh temberang hanya untuk meraih populariti dan simpati dari orang.”

Vida menambah, memang video berkenaan tak tunjukkan identitinya, seperti seorang yang pakai banyak barang kemas, dan sukakan warna pink, namun dia rasa netizen akan kata, wanita dalam video itu bagaikan dirinya.

“Walaupun muzik video tu dah diubah yang mana watak wanita itu tak bertudung, tak pakai barang kemas bling-bling dan dia guna pelakon muda, namun netizen masih dapat rasa persamaan cerita antara saya dan Iqbal.”

Vida ucapkan kepada Iqbal setinggi tahniah kerana dah popular, hasil menjaja kisah mereka.

“Lirik lagu berkenaan inspirasi kisah saya sebagai jalan utama cerita namun tetap ada pembohongan yang jelas, nyata. Cerita sebenar diputar, plot twist, kalah filem Tamil.”

“Biarlah asal dia dapat popularity. Dia ni sanggup buat apa saja. Sekarang jumpa apa dia nak.”

Lagu Hujan nyanyian Iqbal itu merupakan hasil nukilan Oja, dan beberapa ahli kumpulan Floor88 dan kini sedang menjadi lagu nombor satu trending.