Sebelum ini pelakon reen rahim dilihat ada muatnaik gambar sedang menerima rawatan di hospital. Ramai nak tahu apa sebenarnya sakit pelakon berumur 34 tahun ini.
Menerusi satu laporan portal Kosmo, akhirnya pelakon ini tampil menerangkan apa yang berlaku kepada dirinya.
Reen mengesahkan bahawa tulang belakangnya tercedera serta teralih dan dia terpaksa jalani pembedahan dengan segera.
Pembedahan berkenaan telahpun selamat dijalankan dan ianya dapat memperbetulkan semula kedudukan tulang belakang yang beralih itu.
“Syukur alhamdulillah saya okey. Doktor ada cakap saya kena kecederaan ringan di area tulang belakang namun bukanlah dalam keadaan yang teruk sangat. Tetapi doktor kata memang kena buat pembedahan kecil untuk pulihkannya.”
“Saya ni dari kecil lagi memang seorang yang lasak kalah budak lelaki. bertambah lebih teruk.”
Selepas jalani pembedahan kecil dan rawatan, doktor memberi nasihat agar Reen rahim berehat selama 2 minggu.
“Doktor dah cakap lepas ni, dalam seminggu dua ni saya kena rehat dan jangan buat benda-benda lasak. Ini penting untuk rehatkan tulang belakang yang cedera tu.”
“Sekarang saya memang rehat di rumah saja, tapi pada 15 November saya akan mula masuk semula kerja, ada jalani penggambaran.”
“Kepada mereka yang aktif dan lasak, kena berhati-hatilah juga. Jangan dah jadi macam saya baru nak menyesal.”
“Saya ni kalau boleh memang tak nak masuk hospital apatah lagi kalau kena duduk kat wad, namun dah sakit terpaksalah juga, ini demi kebaikan sendiri juga.”
Sebelum ini Reen Rahim telah muatnaik naik foto dirinya sedang mendapatkan rawatan dan membuat kenyataan dia terpaksa membatalkan pelbagai kerja kerana terpaksa pergi ke hospital. Didoakan agar Reen Rahim akan kembali sembuh seperti sediakala, amin.