Deejay radio Era, Haniff Hamzah jalani sesi kauseling kerana kegagalan rumahtangga

5,425 views

Deejay radio Era FM slot pagi, Haniff Hamzah telah pun berpisah dengan isterinya Wan Katherina sekitar tiga tahun lalu.

Sejak itu, Haniff akui alami trauma dek kerana kegagalan rumah tangga yang dihadapinya.

Haniff Hamzah memberitahu, dia telah pun menjalani dua kali sesi kaunseling dengan doktor pakar sepanjang menghadapi episode duka berkenaan.

Kini setelah tiga tahun berlalu, barulah semuanya kembali baik buat Haniff dan dia amat bersyukur setelah segala beban yang terbuku di hati kini dah pun pulih.

“Setiap orang yang tempuhi episod perpisahan atau perceraian akan ada fasa trauma. Bagaimana dia nak hadapi trauma itu merupakan cara dan hak dia. Sejujurnya kini saya dah pun habis nak layan rasa trauma yang saya lalui.”

“Sebelum ini, saya bertemu doktor pakar dan mendapatkan rawatan sebanyak dua sesi di klinik yang berlainan. Saya kuatkan hati nak jalani rawatan.”

“Sebenarnya ianya pun atas dorongan serta syor dari rakan saya. Sememangnya saya ini seorang yang kuat berahsia. Oleh itu rakan saya syor saya untuk bercerita tentang masalah dengan orang yang pakar.”

“Memang saya tak sangka lepas saja menceritakan semua yang terbuku di hati saya ni, barulah saya rasa lega dan dah boleh nak move on.”

“Saya memang recommend kepada pasangan yang ada masalah rumah tangga untuk mendapatkan rawatan kaunseling kerana ianya amat membantu.”

Sungguhpun sudah berpisah selama tiga tahun, Haniff belum ada rancangan untuk mencari pasangan hidup, sebaliknya hanya fokus pada kerjanya.

“Bila pada tahap saya dah selesa, barulah saya akan mencari pasangan hidup. Umur 60 tahun pun saya boleh bercinta lagi. Cinta ni bukan hubungan semata, ianya lebih kepada kasih sayang dan saling melengkapi antara satu sama lain. Buat masa sekarang saya tak perlukan pengganti lagi.”

Hanif Hamzah dan bekas isteri Wan Katherina bernikah pada 12 Jun 2010 dan berpisah sekitar tahun 2018. Mereka mempunyai dua anak lelaki.