“Saya solo, jangan kaitkan saya dengan sesiapa” Shahir doakan Erra Fazira bahagia

2,291 views

Kisah percintaan Erra Fazira memang banyak sejarahnya. Antara kisah yang terbaru, sudah tentu huibungannya dengan penyanyi yang lebih muda umurnya iaitu Shahir Zawawi.

Kepada yang dah tak ingat, Shahir ni merupakan penyanyi yang hadir dari rancanagan nyanyian Akademi Fantasia. Shahir tampil sebagai juara dalam AF edisi yang ke 8 pada tahun 2010.

Hubungan mereka ada turun naiknya. Ada kata nak kahwin, namun kini dah tiada hubungan pula.

Melalui satu temubual baru-baru ini, Shahir akui dia hanya bekas kekasih sungguhpun masih baik dengan Erra Fazira.

Berkenaan dengan kisah Erra Fazira dengan seorang menteri, Shahir hanya mendoakan saja jika itu benar-benar terjadi.

“Hubungan saya dengan Erra baik, kami ni masih berkawan baik. Kali terakhir kami berbual tiga hari lepas namun saya memang tak ada tanya tentang isu itu, (isu kahwin menteri). Saya ada dengar-dengar, tapi memang tak pasti tentang isu itu.”

“Sekarang memang saya fokus dan busy dengan kerja. Masa saya tahu tu pun, ada orang yang cerita pada saya. Tapi bagi saya, kalau dia na kahwin, itu satu perkara yang baik.”

“Benda yang baik ni, tidak perlulah nak terkejut. Yang penting kita doa saja yang terbaik buatnya. Saya pun tak ada rasa terkejut mahupun kecewa sekiranya hal berkenaan betul, saya doakan kebahagiaannya.”

“Jika kita ikhlas berkawan, apabila hal yang baik berlaku, dah tentu kita kena tumpang gembira.”

Tentang status dirinya, Shahir Zawawi berkata buat masa sekarang tidak ada menjalin hubungan dengan sesiapa.

“Saya sekarang ni masih solo, belum ada kekasih kerana saya ni jenis yang suka fokus dengan sesuatu perkara dalam satu masa. Lepas saja kembali aktif ketika ini, dah tentu banyak komitmen dengan kerja saja.”

“Oleh itu, janganlah kaitkan saya dengan sesiapa, saya ini ada problem sikit, susah nak fokus, kalau ada gangguan, fokus saya lari.”

Ituklah kenyataan dari Shahir, individu yang selalu dikaitkan dengan Erra Fazira.