Ini pula penjelasan Shu, tentang video dengan Tauke

2,999 views

Tauke dan wanita bernama Shu jadi tular setelah dikatakan telah bernikah baru-baru ini. Ianya bermula dengan beberapa video dimuatnaik di laman media sosial dengan caption mengatakan mereka berdua telah disatukan di sebuah masjid.

Tak lama kemudian, Tauke dan Shu tampil bersama dalam satu temubual di portal Mstar, yang mana pada mulanya Tauke akui mereka berkahwin.

Menerusi pengakuan Tauke itu, dikatakan isterinya, Nadia memberi green light untuk perkahwinan Tauke dan juga Shu.

Tauke dan Shu juga ada berkata hubungan mereka dengan Nadia baik-baik saja.

Kemudian, Tauke buat satu lagi pengakuan, di laman media miliknya, mengatakan semua itu lakonan semata, sebenarnya produk mereka yang dikahwinkan. Tauke menjelaskan pernikahan antara dirinya dan Shu tak wujud pun.

Kini giliran Shu pula buat kenyataan. Jelas Shu, dia hanya kahwinkan produk saja. Ini komennya kepada Mstar.

“Kami memang kahwin tapi hanya untuk video saja. Kami tak ada niat nak membohong kepada netizen Malaysia.”

“Video yang diupload kat TikTok jadi viral tu bukan dari saya. Orang lain yang post video letak caption nampak macam saya dah Tauke ni dah berkahwin.”

Shu juga mengatakan apa yang dia buat itu tak ada masalah pun malah ianya bukan gimik yang dirancang, kerana bukan dia yang upload video berkenaan sampai viral.

“Saya rasa tak ada sebarang isu pun untuk kami buat video iklan untuk perkahwinan dan ia bukan satu gimik yang kami plan pada mulanya.”

“Dari plan sebenar, kami nak release video yang dah siap saja di laman sosial. Tapi ada orang lain yang up video lain sampai ada yang silap faham.”

“Orang lain yang yang upload video dengan caption mengelirukan, dan itu di luar kawalan saya.”

Itulah penjelasan dari Shu tentang isu ini.