Rossa Sera isteri kepada pelawak Shuk Sahar dilihat kini bertekad untuk tidak mahu lagi hidup bersama Shuk. Khabarnya Rossa Sera sudah pun failkan di mahkamah untuk berpisah dengan suaminya itu.
Namun dalam perkembangan terkini, Rossa Sera ada beberapa kali muatnaik foto yang menunjukkan luahan hatinya tentang sikap suamnya, Shuk Sahar.
Dari luahan Rossa Sera, dikatakan Shuk Sahar tidak memberi kerja sama kepadanya dan diibaratkan seperti digantung tak bertali.
Rossa Sera amat berharap Shuk dapat beri kerjasama dan memudahkan urusannya. Ini luahan hati Rossa Sera.
“Boleh sibuk nak bercinta sana sini. Tapi minta tolong beri kerjasama. Permudahkanlah urusan orang lain. Jangan lah buat hidup orang lain, tapi kamu pergi ke sana sini dating.”
“Bila tanya tak pula mengaku. Menyusahkan hidup orang namanya. Kena gantung tanpa tali.”
Kemudian, ibu kepada dua orang anak ini sekali lagi muatnaik satu status yang mengatakan Shuk ada respon dan berada di Ipoh. Kerana terlalu geram, Rossa Sera meminta para followernya yang ada terserempak dengan Shuk agar beri bukti.
“Aku harap bagi kerjasama sampai esok ye. Jika mungkir janji siaplah. Silalah pegang janji. Ada di Ipoh kata dia, saya ni tak pastilah. Siapa ada ternampak dia, boleh la mesej saya, dan beri gambar dan video ya. Terima kasih semua ye. Kalau ada nampak dia kat tempat lain boleh beritahu ya.”
Selain itu, Rossa Sera juga ada muatnaik satu foto yang mana ada berpendapat suaminya itu bagai terkena buatan orang saja. Ini kisahnya.
Untuk info, selepas beberapa kali mencetuskan isu, Rossa Sera akhirnya buat keputusan untuk ambil tindakan failkan perpisahan dari Shuk. Dikatakan Rossa Sera dan Shuk Sahar dah dah satu bulan tidak tinggal sebumbung.