“Saya pun kena, diminta minum di kelab” Uyaina Arshad

3,887 views

Pelakon yang kini sedang meningkat namanya iaitu Uyaina Arshad ada buat satu pendedahan bahawa ada pihak yang memintanya untuk berbuat sesuatu agar namanya cepat naik.

Uyaina mendedahkan, dia pernah diminta untuk berlakon minum di kelab hanya semata untuk mendapat publisiti dengan segera.

Bagi Uyaina, ianya merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan olehnya.

“Saya juga pernah kena dengan agak teruk sebelum ini. Ada yang kata Uyaina, awak tak popular, jadi kena ada isu liar. Apa kata awak pergi ke kelab malam dan pegang saja gelas dan lepas tu berlakon konon-konon sedang minum.”

Then kita akan rakam atau ambil photo, confirm nanti nama awak akan naik selepas itu.” Itu yang diceritakan oleh Uyaina Arshad.

Bagi Uyaina, walaupun sudah empat tahun kejadian ini berlaku, dia masih teringat-ingat.

“Dah empat tahun hal ini berlalu namun ayat berkenaan masih lagi segar dalam ingatan saya.”

“Perkara ini amat merendahkan maruah saya. Jika saya hanya ikut dan buat apa yang mereka minta, memang mudah untuk meraih populariti segera akan tetapi sudah tentu, ibu saya pasti akan sangat kecewa saya.”

“Topik dengan pihak kerabat memang paling mereka suka dan excited. Sampai hari ni, saya syukur sebab tak ikut apa yang mereka minta untuk dapatkan fame.”

“Biarlah saya macam begini saja jika terpaksa nak kena buat benda-benda macam tu untuk raih populariti.”

Uyaina tidak ada mendedahkan secara spesifik pihak yang memberi idea kepadanya untuk meraih publisiti seperti itu.

Ianya diutarakan oleh Uyaina kepada Hani Fadzil,yang meluahkan rasa kurang senang dengan industry yang memilih mereka yang lebih banyak follower di laman media sosial.

Agak kecoh di laman media apabila ramai artis veteran dan artis lama yang kurang senang dengan kriteria yang diminta oleh sesetengah syarikat penyiaran yang mahu artis yang muda dan mempunyai jumlah follower yang tinggi di Instagram.