Shila Amzah luah rasa rindu dengan rumahnya

6,812 views

Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa rindu kepada rumahnya sendiri. Luahan berkenaan diungkapkan menerusi satu tweet di laman Twitter miliknya baru-baru ini.

Ianya ekoran tindakan Shila Amzah yang kini sedang dalam proses mahkamah setelah menfailkan untuk berpisah dengan suaminya Haris Edraki Elias.

Dari penulisan Shila Amzah, Haris kini masih lagi tinggal di rumahnya yang terletak di Cyberjaya.

Kisah antara Shila Amzah dan Haris mula diketahui umum setelah penyanyi ini membuat pengumuman menerusi satu caption di Instagram.

Ketika itu, Shila tinggal di rumah ibu bapanya, namun banjir pula telah melanda. Ketika itu Shila Amzah mendedahkan dia tinggal dengan ibu bapanya kerana telah membuat permohonan untuk berpisah dengan suami dan ketika ini suami masih duduk di rumahnya di Cyberjaya.

Pada tahun baru ini, Shila Amzah meluahkan rasa hatinya yang rindu dengan rumahnya itu. Ini tulisnya: “Saya amat rindu dengan rumah saya.”

Kemudian penulisan seterusnya, Shila berkata dia dalam kepenatan sekarang ni.

“Jujur tengah penat. Memang amat penat sangat. Tunggu, penantian, sabar. Baca benda yang kita tak suka. Memang masih lagi kena bersabar. Kenalah pujuk hati, pujuk diri.”

Beberapa minit kemudian, Shila menulis pula bahawa hidup ini kena ada common sense.

“Perlu ada empati dan kena peka kepada keadaan. Apabila hidup tu dah tak ada common sense, haih.”

Di ruangan komen, memang ramai yang memberi kata-kata semangat. Kemudian ada juga yang bertanya, boleh kah guna undang-undang sebagai penceroboh.

Shila Amzah menjawab, hal itu tak boleh dilakukan. “Tak boleh” Tulis Shila dengan ringkas.

Diimbas kembali, Shila Amzah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki Elias pada tahun 2018 dan mempunyai seorang anak lelaki diberi nama Seth Uwais, yang kini berumur 2 tahun.