Ahmad Iqbal mahu taja Gegar Vaganza musim akan datang

2,303 views

Ahli perniagaan Ahmad Iqbal Zulkefli memang cukup dikenali ramai setelah menjalin hubungan dengan Dato Seri Vida.

Iqbal kemudian terjun ke bidang seni apabila mengeluarkan lagu nyanyiannya berjudul Hujan, hasil terbitan kumpulan Floor88.

Kini, Ahmad Iqbal mahu mengembangkan perniagaannya dan berhasrat untuk menaja rancnagan terkenal Gegar Vaganza pada musim akan datang.

Pemuda berumur 27 tahun ini memberiathu, sebelum ini dia memang dah intai nak taja rancangan yang amat popular itu, namun tiada rezeki.

“Patutnya tahun ni saya mahu menaja Gegar Vaganza, malah saya dah buat perbincangan dengan agensi dan stesen televisyen. Namun begitu, oleh kerana dah ada penaja lain yang ambil dulu, maka terlepaslah peluang tersebut.”

“Apa yang saya lihat, di dalam banyak-banyak rancangan hiburan, saya nampak GV ada satu pasaran yang amat luas, memang dah lama saya impikan untuk gunakan program tersebut sebagai tempat untuk mempromosikan produk saya. Jika saya hanya taja rancangan Islamik dan juga ilmiah, nampaknya agak kurang sambutan penonton.”

“Sebenarnya, saya dah berniaga selama empat tahun dan memang dah pernah bayar beberapa rancangan di stesen TV lain namun masih ramai yang belum ketahui apa produk saya, maklumlah orang kita ni tak berapa nak tengok program unsurkan ilmiah.”

Keinginannya itu tiada kaitan dengan bekas kekasihnya iaitu Dato Seri Vida yang pernah menjadi sponsor utama rancangan berkenaan. Iqbal tak ada memikirkan untuk bersaing dengan DS Vida.

“Sebelum saya jadi viral lagi memang dah rancang nak sponsor GV, bukan kerana Dato Seri Vida ya. Saya yang buat keputusan ini, lagi pun ianya bukanlah program dia.”

“Tapi itulah, sekarang ini belum ada rezeki saja, jika diikutkan bila-bila saja saya boleh jadi penaja nak sponsor. Tujuan saya mahu sponsor rancangan ini untuk angkat semula orang lama industri yang berkualiti.”

“Jika musim akan datang saya dapat peluang menaja, saya akan bawa kelainan, saya jamin 200 peratus berbeza tak sama macam sekarang ni.”

Apapun, Iqbal beri jaminan dia tak akan enter frame dan berebut mikrofon untuk promosikan produknya.

“Janganlah risau saya tak akan berebut mikrofon atau bagi hadiah yang bukan-bukan. Saya akan patuh dengan semua yang ditetapkan oleh pihak stesen television, kita hormati semuanya dan akan  membantu industri.”

Itulah komen dari Ahmad Iqbal seperti yang dilaporkan oleh portal Mstar.