Dato Seri Vida tak puas hati, ini komen balas Shidee

14,259 views

Ahad lalu, kumpulan Saya yang dianggotai oleh Saiful Apek dan Yassin telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dari rancangan Gegar Vaganza.

Bekas penaja rancangan berkenaan, Dato Seri Vida meluahkan rasa kurang setuju dengan keputusan itu dan tertanya kenapa pihak Gegar Vaganza masih lagi menyimpan penyanyi Shidee yang dikatakan menyanyi dengan pancit pada malam itu.

Dato Seri Vida juga mengatakan bahawa ada pihak yang pilih bulu dan mahu terus mengekalkan Shidee.

Menjawab komen-komen dari Vida, Shidee berkata dia tak terasa hati pun. Bagi Shidee, itu hanyalah pandangan peribadi dari Vida saja.

“Itu merupakan pandangan dan pendapat dari hati dia. Saya tak ada rasa marah dan saya tak ada sebarang isu pun.”

“Saya sentiasa menerima komen-komen dengan hati terbuka sebab saya sendiri pun tak tahu apa pula kedudukan saya selepas ini. Mungkin selepas ini, saya pula yang akan tersingkir di peringkat separuh akhir.”

Jelas Shidee, dia tak kisah jika ada komen kurang baik yang ditulis di laman media sosial. Semua ada pendapat masing-masing akan tetapi hanya tuhan yang tahu dan tentukan jalan hidup hambanya.

“Saya tak ada rasa bimbang sikit pun dengan semua komen-komen dari netizen. Hentamlah diri saya ni. Apa saya buat, saya hanya tersenyum saja.”

“Allah lebih mengetahui apa yang terjadi kepada diri kita nanti. Itu merupakan pegangan saya.”

Shidee juga akui, dia seorang yang tak aktif di laman media sosial. Fokusnya ialah kepada kehidupan harian seperti bersama family, bekerja dan buat aktiviti seperti beribadat di surau.

“Sekarang yang saya tahu, saya hanya perlu menyanyi saja. Tidak pernah saya fikir nak jadi popular macam dulu-dulu.”

“Saya senang dengan apa yang saya buat selama ini. Saya ada buat persembahan nyanyian, selalu dengan family dan buat aktiviti kat surau.”

Ituilah respon dari Shidee seperti yang ditulis di portal Mstar.