Daiyan Trisha jelaskan status hubungan dengan abang kepada Ummi Nazeera

6,693 views

Namanya sedang meningkat naik sebagai penyanyi dan juga pelakon. Daiyan Trisha memang kini mempunyai peminat yang ramai.

Dengan bakat yang serba boleh disamping memiliki wajah yang jelita, Daiyan boleh dikatakan antara selebriti yang mempunyai jumlah follower yang ramai.

Jika dah popular, sudah tentu, setiap gerak geri dan juga kisah peribadi akan cuba dibongkari.

Ketika ini, ada ura-ura yang mengatakan bahawa Daiyan Trisha ada jalin hubungan yang teramat istimewa dengan abang kepada salah seorang pelakon terkenal tanah air iaitu Ummi Nazeera. Abang Ummi Nazeera bernama Nazreem Musa.

Dari laporan portal Mstar, mereka berdua dikatakan mula berkenalan sejak dua tahun lepas.

Menjelaskan tentang status hubungan, Daiyan berkata dia memang sayangi Nazreem tetapi tak lebih dari sahabat saja.

“Nazreem merupakan best friend saya. Mungkin ada yang ingat kami sedang bercinta kerana kami amat rapat dan selalu dilihat pergi ke sesuatu majlis atau event bersama-sama.”

“Secara jujurnya, memang kami rapat namun tak ada hubungan istimewa. Kami start berkawan baik sejak dua tahun yang lalu.”

“Saya amat selesa berkawan dengan dia. Bukannya kami friendzone, namun ketika mula-mula berkenalan, memang selesa sebagai kawan.”

Tentang status dirinya sendiri, adalah dia sedang jalin hubungan dengan mana-mana pihak, ini jawapan dari tuan punya badan.

“Saya sekarang ini masih single. Mahu lebih fokus kepada karier dan kerjaya saya. Dah tentu saya pun pernah bercinta, taklah sepanjang 10 tahun dalam industry seni, status saya single saja.”

Jelas Daiyan dia seorang yang agak privacy dan tak banyak membuka kisah peribadi.

“Saya seorang yang sukakan privasi. Walaupun private tetapi bukanlah rahsia. Kadangkala peminat pun dah boleh tahu atau agak saya ada bertemu dengan seseorang atau tidak.”

“Dan sekarang ini, saya tak ada jalin hubungan dengan sesiapa dan nak tumpu terhadap kerjaya.”

Itulah jawapan dari Daiyan Trisha.