Penyanyi dan pelakon Mark Adam, 42 tahun, merupakan antara mereka yang pernah disahkan positif Covid.
Sungguhpun dah bebas dan pulih, Mark Adam akui sebenarnya masih ada kesan berpanjangan yang dia rasakan.
Jelas selebriti berasal dari negara Filipina ini, antara yang paling ketara ialah pernafasannya yang kini memang amat berbeza sekali.
Ini komen dari Mark Adam tentang pengalamannya sebagai salah seorang pesakit Covid.
“Ada begitu banyak yang lain dan beza dapat saya rasakan sebelum dan selepas dijangkiti kena Covid. Antaranya dari segi pernafasan, memang ada bezanya. Pernafasan dah tak macam dulu.”
“Rakan saya dalam bidang perubatan ada beri saranan agar saya buat senaman pernafasan setiap hari demi memastikan peparu saya dapat fungsi dengan baik.”
Ketika jalani quarantine, Mark Adam juga alami dugaan yang hebat lebih-lebih lagi dari aspek mentalnya.
“Sangat trauma terutama ketika nak rekod bacaan oksigen guna oximeter. Saya amat trauma setiap pagi dan malam nak nak rekod bacaan.”
Sepanjang disahkan positif Covid, isteri Mark Adam, Izan memang banyak beri kekuatan dan semangat kepada penyanyi ini.
Mengimbas kembali, tentang kisah bagaimana dia kena positif, Mark Adam benar-benar tidak tahu tentang hal berkenaan.
“Saya memang tak tahu dan tidak pasti. Dua hari sebelum saya positif, saya ada keluar tolong mangsa banjir dan selepas itu disahkan dah positif.”
“Semasa kat rumah, Izan yang jaga saya, selepas itu, dia pun positif pada hari kedua saya quarantine.”
Mark Adam juga mengatakan, dia memang tiada sebarang sign dan symptom ketika kena jangkitan Covid itu.
Apapun Mark Adam tetap bersyukur kerana dirinya dan isteri telah pun pulih walaupun masih ada kesan sedikit.