Ariq Matin tak nak ayahnya, Shuib kahwin lagi, ini puncanya

1,727 views

Shuib dan keluarga telah dijui setelah kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin.

Sejak itu, memang banyak yang memberi tumpuan kepada Shuib, dan ini termasuklah soal jodoh. Pernah memberitahu bahawa dia ada sedang mengenali seseorang, namun ianya belum lagi di peringkat yang serius.

Sehingga kini pun, Shuib masih lagi membawa anak-anak untuk melawak kubur Siti Sarah.

Anak-anak ada padangan tersendiri tentang jodoh ayahnya. Sebelum ini anak perempuan SHuib, Talita ada berkata tidak mahu memberi kebenaran untuk ayahnya berkahwin lain.

Kini anak lelaki Shuib iaitu Ariq Matin pula bersuara tentang hal ini.

“Nanti perempuan tu akan minta wang dari daddy.” Itu antara ayat spontan yang diungkapkan oleh anak kecil berumur 7 tahun ini.

Perbualan Matin tentang jodoh ayahnya itu diupload di IG milik Siti Sarah Raisuddin.

“Mengapa tak nak ibu tiri lagi.” Soal yang diajukan kepada Matin.

Matin menjawab ini: “Kerana tak mahu membazir duit. Nak tahu kenapa, sebab nanti perempuan tu akan minta duit dari daddy. Nanti kita akan jadi miskin.”

Sememangnya jawapan jujur secara spontan dari Ariq Matin itu menerima pelbagai respon dari netizen.

“Sempoi betul jawapan Matin, straight to the point.” Tulis seorang pengguna Instagram di video berkenaan.

“Jujur dari Matin, panjang akal dan bijak budaknya.” Tulis seorang lagi netizen.

Mungkin masih terlalu awal lagi untuk anak-anak mahu move on apatah lagi ada pengganti sebagai psangan ayahnya.

Baru-baru ini pun, Talita ada mengalirkan air mata kerana terlalu rindu dengan arwah ibunya.

Shuib pun berkata, apa yang menjadi keutamaan dirinya ketika ini ialah anak-anak dan family. Jika keluarga memberi restu dan anak-anak suka, barulah dia akan berkahwin lagi. Semuanya demi anak-anak.