Mahkamah akan keluarkan waran tangkap terhadap Norjuma Habib?

26,345 views

Ini satu berita terkini tentang usahawan selebriti bernama Norjuma Habib, 41 tahun. Memang dah lama betul tak dengar kisah wanita ini.

Dari laporan portal Murai, pada hari Isnin bertarikh 31 Januari 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan pihak lawyer syarikat Fame Up Entertainment untuk memfailkan waran tangkap terhadap Norjuma Habib.

Menurut laporan Murai, arahan berkenaan dikeluarkan dari Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bernama Yasmin Abdul Razak.

Ini adalah kerana Norjuma gagal bekerjasama tentang satu kes. Ini juga termasuk kerana Norjuma dikatakan telah menghina pihak mahkamah atas keingkaran Norjuma yang tak mengikut perintah yang telah pun ditetapkan dari arahan mahkamah sebelum ini.

Untuk kes saman kedua, mahkamah turut memerintahkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM260 ribu kepada syarikat Fame Up Entertainment dan juga permohonan maaf di media cetak dan surat khabar rasmi.

Ini antara kenyataan yang telah dikeluarkan.

“Pihak plaintif telah menuntut pihak defendan membuat satu permohonan di media cetak di laman-laman surat khabar rasmi.”

“Personaliti berkenaan juga tak dibenarkan untuk melakukan sebarang kenyataan di mana-mana melalui secara menerbitkan iaitu secara lisan, dari media percetakan atau melalui posting di internet termasuklah di media sosial.”

Keputusan berkenaan telah dibuat oleh Hakim iaitu Dato Haji Akhtar Tahir.

Diimbas kembali, syarikat Fame Up Entertainment telah failkan dua saman fitnah terhadap Norjuma Habib pada tahun 2019 dan juga tahun 2020 kerana penyebaran fakta yangtak benar dari usahawan itu kepada syarikat berkenaan sekitar tahun 2018 dan tahun 2020.

Untuk yang tak tahu, Norjuma Habi merupakan bekas pengacara rancangan popular Nona, dan Wanita Hari Ini, setelah menjadi juara dalam rancangan Pengacara Jemputan Nona pada tahun 2002.

Selain hebat sebagai pengacara, Norjuma Habib juga merupaka pemilik kepada jenama tudung popular Aidijuma.