Perkahwinan antara pelakon Nadia Brian dan Muizz Nasruddin telah berakhir. Hubungan mereka terlerai pada bulan April tahun 2021, selepas 2 tahun berkahwin.
Baru-baru ini, Muizz dilihat ada cuba memikat hati seorang lagi pelakon iaitu Fatin Afeefa.
Ditanya tentang tindakan bekas suaminya yang cuba memikat rakan artis yang lain, Nadia Brian tiada masalah tentang hal itu.
“Jika dia nak mengurat sesiapa pun, itu merupakan hak dia.” Jawab Nadia Brian ketika ditanya hal berkenaan.
Kata Nadia, sebarang urusan bekas suaminya itu, ianya sudah tak ada kena mengena dengan dirinya lagi. Namun begitu dia tetap berdoa yang terbaik buat ahli perniagaan berkenaan.
Nadia Brian juga berlapang dada sekiranya Muizz menemui cinta hati yang baru atau berkahwin baru, sekalipun dengan rakan artis yang lain.
“Semuanya terpulanglah kat dia, jika nak berkawan atau nak berkahwin dengan siapa sekalipun, sungguhpun dengan Fatin Afeefa. Kan jodoh itu satu rahsia yang juga ketentuan dari Allah. Sebelum ini pun, saya tak sangka akan kahwin dengan Muizz, tetapi akhirnya terpaksa berpisah. Dah namanya jodoh, kita pun tidak tahu tentangnya.”
“Saya dengan bekas suami tak ada apa-apa masalah dan kami tak ada nak berdendam antara satu sama lain. Saya selalu doakan yang terbaik buat dia. Harapnya dia pun akan mendoakan saya.”
“Sesiapa pun dia nak berkenalan atau nak mengurat, itu memang hak dia. Saya juga ada hak yang sama kerana kami tidak lagi suami isteri.”
Kisah percintaan antara Muizz dan elakon Fatin Afeefa mula dihidu setelah Muizz menulis komen di Instagram milik Fatin Afeefa mengatakan mahu bersamanya.
“One day, or day one, you decide.” Tulis Fatin Afeefa. Kemudian ianya dijawab oleh Muizz: “A day with you.”