Betulkah yang peluk anak Shuib tu Wan Sharmila, ini jawapan tuan punya badan

41,444 views

Semalam ada video di laman Instagram millik Siti Sarah, yang menunjukkan anak perempuan kepada Shuib iaitu Talita sedang memeluk erat seornag wanita.

Wanita yang dipanggil aunty oleh Talita itu, khabarnya merupakan wanita yang sedang rapat dengan Shuib ketika ini.

Antara nama yang terpalit dengan wanita itu ialah Wan Sharmila, kerana dari sisi, memang kelihatan seperti wajah pelakon ini.

Melalui satu kenyataan dari Kosmo, akhirnya Wan Sharmila tampil memberi jawapan.

Jelas Wan Sharmila dia pun terkejut setelah menonton video itu, kerana dari tepi, memang kelihatan wanita itu seperti dirinya.

“Saya sendiri dah tengok video itu, dan agak terkejut juga kerana dari tepi memang persis wajah saya. Tetapi bukan saya sebenarnya.”

Wan Sharmila atau lebih mesra di sapa dengan nama Lala memberitahu, dia pun tertanya siapakah individu yang dimaksudkan tetapi menegaskan wanita itu bukannya dirinya.

“Selepas saya menonton video itu, saya tak nafikan saya ni pun terkejut kerana wanita misteri berkenaan wajahnya memang mirip dengan wajah saya. Apapun saya sekali lagi ingin menafikan bahawa wanita tersebut adalah saya.”

“Nama dipetik sebab macam sama. Sendiri tengok pun tengok rasa sama. Mungkin betul juga apa yang netizen cakap muka kami sama. Tetapi agak kelakar jugalah kerana ada yang sampai pergi periksa kuku jari untuk buktikan wanita berkenaan ialah saya.”

Wan Sharmila menambah, dia tak rasa netizen mahu menjodohkan dirinya dengan Shuib, cumanya kebetulan wanita berkenaan mirip wajahnya.

“Saya tak rasa netizen nak kenenkan atau jodohkan saya dengan Shuib. Mereka cuma buat tekaan saja. Saya tak ada nak ambil hati pun tentang hal ini.”

“Kalau Shuib nak mencari jodoh, memang ramai lagi wanita yang elok-elok dan lebih cantik di luar sana. Apalah yang ada pada insan bernama Wan Sharmila ini.”

Itulah komen dari Wan Sharmila sekaligus menepis dakwaan bahawa dirinya merupakan wanita yang sedang memeluk anak perempuan Shuib, Talita.