Mia Sara bingung, netizen kata jangan nak panjangkan

2,636 views

Kisah antara Mia Sara dan juga Puteri Balqis sudah pun menjadi viral. ianya bermula apabila Mia Sara ada menulis dengan mengagak bahawa Puteri Balqis tidak mendapat didikan agama dengan baik dari keluarganya.

Kerana penggunaan ayat berkenaan, Puteri Balqis ternyata kurang senang dan menulis semula mengapa Mia Sara berkata sedemikian, apatah lagi ini melibatkan ibunya.

Namun Mia Sara ada menulis satu lagi kenyataan menyatakan apa yang berlaku adalah kerana ada pihak yang putar belitkan ayatnya.

Ini tulisnya di Twitter: “Kenapa ada orang yang selalu saja twisting ayat-ayat saya.” Di bawah ini tulisan penuhnya.

Kenyataan terbaru dari Mia Sara ini nampaknya tidak mendapat respon yang baik dari para netizen.

Ada berpendapat, daripada meyalahkan orang lain, lebih baik Mia Sara membuat permohonan maaf saja supaya hal ini tak berpanjangan.

Seorang pengguna bernama Soobinvbes berpendapat seperti ini: “Mohon maaf, all of this will end, kamu jelas ada buat kesilapan di sini, jangan panjangkan cerita, nanti makin melarat.

Kemudian ada juga berkata, lebih baik Mia Sara jangan masuk campur hal orang lain, apatah lagi mereka itu bukan rakan rapat.

Pengguna bernama Stickitinmeee menulis: “Moral kisah ini ialah lebih baik hanya fikirkan hal sendiri saja, jangan cakap apa-apa tentang orang lain.

Seorang lagi netizen bernama Hyukadungie menulis: “Jika tak rapat, lebih baik jangan cakap apa-apa, sebab kadangkala ayat tu boleh buat orang slah faham. Kalau dah guriskan hati orang lain lebih baik mesej dan minta maaf saja, bincang elok-elok.

Ruth Synn menulis komen ini: “Kau cakap kau ni bukannya kawan dia, tdai rapat kan, jadi macammana bolehg tahu dia tak dapat didikan dengab baik dari kecil., kamu dah buat andaian tentang dia dan keluarga dia.

Ini beberapa komen lagi dari netizen.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari Mia Sara atau Puteri Balqis, mereka hanya memberi pendapat di laman media sosial saja.