“Itu realiti sebenar” Syatilla Melvin naik angin lempar kertas, terus angkat kaki

15,383 views

Adik kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin telah muatnaik satu video menunjukkan kakaknya itu naik angin ketika meeting.

Meeting berkenaan khabarnya melibatkan kerja, dan ternyata Syatilla Melvin kurang berpuas hati tentang sesuatu. Mungkin kerana terlalu emosi, isteri kepada Shaheizy Sam itu mencampakkan kertas dan kemudian terus saja berlalu pergi.

Ramai mengagak bahawa ini semua hanya sandiwara atau lakonana semata. Namun Syifa menegaskan ini hal yang sebenar, dan memang Syatilla naik angin betul-betul.

“Itu realiti yang sebenar apabila kami uruskan perniagaan membabitkan family. Namun begitu, kasih sayang antara kami sentiasa kekal sampai hujung nyawa.”

Video itu merupakan rakaman CCTV dari pejabat, dan semasa kejadian, mereka adik beradik sedang meeting untk berbincang tentang kerja.

Jelas Syifa, sejak dari Syatilla mengandung dan mempunyai masalah ketika hamil, dia lebih banyak habis masa untuk rehat di rumah. Kerana itu, dia tidak tahu hal syarikat dan mula naik angin setelah tak berpuashati.

“Perselisihan berlaku sebab dia tidak tahu perkembangan terkini perniagaan, walhal ini merupakan sebahagian dari kerjanya untuk pantau dan ambil tahu hal syarikat kami.”

“Tiga tahun buat business sama-sama, memang ada saja salah faham terjadi. Tapi itu cara kerja kami adik beradik.”

Jika salah faham berlaku pun, hubungan antara adik beradiknya tetap kuat dan kukuh.

“Setelah melangkah keluar dari office, hubungan kami adik-beradik tetap utuh. Tak ada pun istilah nak masam muka lama sampai berminggu-minggu mahu pun simpan dalam hati.”

“Biasa kalau business memang ada salah faham, tapi kami sentiasa ambil kata dari majority.”

Syifa Melvin menegaskan bahawa kandungan video itu bukan dibuat-buat.

“Video CCTV itu bukan satu gimik. Memang ambil rakaman itu dan uploa di media sosial. Kami ni memang kesuntukan masa untuk buat content video yang kebiasaan kami buat.”

Apapun, harap Syatilla Melvin tu dapat bersabar dan tenang lepas ni, fokus pada kehamilannya. Semoga segala urusan dipermudahkan.