Jep Sepahtu hadiahkan jam tangan mewah RM130ribu buat Sari Yanti

4,551 views

Nampak bahagia sungguh pasangan suami isteri selebriti pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti.

Pada tarikh 25 February yang akan datang beberapa hari saja lagi, sudah masuk lima tahun usia perkahwinan kedua selebriti ini.

Rupanya Jep yang juga merupakan penyampai radio Sinar, telah memberi hadiah yang special kepada Sari Yanti sempena setengah dekad mendirikan rumah tangga.

Melalui satu post di Instagram, Sari Yanti ada muatnaik gambar hadiah isteri yang diterima sempena fifth anniversary. Hadiah berkenaan diterima awal dari tarikh sebenar, mungkin Jep mahu buat kejutan untuk isteri tercinta agaknya.

Jep Sepahtu telah memberi hadiah berupa seutas jam tangan mewah jenama Franck Muller kepada Sari Yanti.

Sari Yanti yang merupakan anak kepada Datuk Mohamad Nazari, meluahkan rasa bersyukur kerana menerima hadiah istimewa dari Jep dan ianya amat disukai oleh Sari Yanti.

Syukur Alhamdulillah, hadiah anniversary saya datang awal. Terima kasih yang tak terhingga sayangku. Semoga hubungan kita akan mendapat rahmat sampai jannah.” Itu yang ditulis oleh Sari Yanti.

Apa yang menariknya, para netizen mula menkaji harga jam tangan berkenaan. Dari beberapa komen, ternyata jam ini bukan calang-calang tau, dari segi jenama dan harganya.

Beberapa netizen mendedahkan harga seutas jam tangan mewah Franck Muller ini mencecah harga RM130ribu.

Ada netizen mengatakan, jam tangan ini teramat cantik, dan memuji Jep kerana pandai pilih jam untuk isteri. Jam jenama ini juga pernah dipakai oleh selebriti tersohor tanah air iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

lain-lain komen, ramai yang mengucapkan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kepada pasangan yang sweet ini. Semoga sentiasa bahagia selama-lamanya.

Jep telah berkahwin dengan Sari Yanti pada terikh 25 Februari 2017 dan sepanjang 5 tahun berkahwin, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 4 tahun, Muhammad Khidir, 2 tahun, dan Abu Bakr, 1 tahun. Sebelum ini, Sari Yanti dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu, nama kedua-dua anaknya itu ialah Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.