Bekas kekasih muncul semula selepas nampak Wani Kayrie pakai kereta Mercedes

2,318 views

Baru berumur 22 tahun, penyanyi sedang meningkat naik, Wani Kayrie kini berjaya memiliki asset yang diidamkan iaitu sebuah kereta Mercedes Benz.

Kereta mewah itu dianggarkan berharga lebih kurang RM190ribu lebih. Memang hebat pencapaian yang dicapai oleh Wani Kayrie ini, apatah lagi di usia yang masih muda.

Setelah berjaya miliki kereta idaman, secara tiba-tiba jejaka yang pernah mendampingnya sebelum ini, cuba kembali semula dalam hidupnya.

Wani memberitahu memang ada lelaki termasuklah kekasih lama yang tiba-tiba mula contact dan mesej dirinya setelah ternampak post Wani sudah miliki kereta Mercedes Benz.

Jelasnya, dia kini hanya pandang ke depan, dan tak peduli jejaka yang cuba nak dekati dirinya ketika ini.

“Memang tak dinafikan, ada jejaka yang saya tak kenal pun ada hantar mesej, nak berkenalan. Malah bekas buah hati, kekasih saya yang lama pun muncul semula, tiba-tiba.”

“Namun saya tak nak fikir sangat sebab bagi saya, manusia datang dan pergi dalam hidup, saya biar sajalah.”

Wani Kayrie kini mahu fokus dengan kerjayanya dan mahu mencapai lebih banyak kejayaan di masa akan datang.

“Saya ni kan masih lagi muda dan perjalanan saya panjang lagi. Saya mahu kecapi impian dalam hidup. Sekarang memang tengah fokus kerja dalam bidang seni.”

Selepas berjaya memiliki kereta mewah, Wani atau nama penuhnya, Syazwani Abdullah memberitahu, target nya kini mahu beli rumah yang selesa, dan untuk family.

“Selepas dah ada kereta, saya mahu miliki rumah pula. Ini pun boleh jadi pelaburan. jadi saya kena kerja keras untuk beli rumah.”

“Bagi saya, kediaman ni memang satu pelaburan baik. Kalau beli rumah ini pun kira untuk persiapan di masa depan.”

Selain berjaya sebagai penyanyi, Wani Kayrie juga mula mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Antara drama lakonannya ialah drama 3 Nota Cinta berganding dengan Ashraf Muslim dan Sharifah Rose.