Aishah dilabel “Datuk kelas bawahan”

7,996 views

Penyanyi yang baru saja bergelar Datuk iaitu Aishah atau nama penuhnya, Wan Aishah Wan Ariffin secara tiba-tiba dilabel dengan gealran yang kurang enak didengari.

Gelaran itu ditulis oleh seorang netizen di laman Ig miliknya, baru-baru ini.

Bagi Datuk Aishah, dia agak terkilan kerana masih lagi ada orang di luar sana yang masih kurang puas hati dengan dirinya.

Kisahnya bermula apabial Aishah ada upload satu foto telah menyiapkan makanan untuk anaknya dan mengatakan walaupun ada title Dato, dia tetap siapkan makanan untuk anaknya.

“Dah settle kan menu makanan untuk anak-anak. Sebagai mak ni, tak kiralah ada pangkat Dato ke atau seorang CEO ke, apa-apa pun kena fikir hal perut anak dulu.”

Akan tetapi di ruangan komen, ada pula seorang pengguna yang menulis dan melabelnya dengan gealran yang kurang baik dan memperlekeh tittle Datuk miliknya itu.

Datuk kelas bawahan buat apa.” Tulis netizen berkenaan kepada Datuk Aishah.

Aishah kemudian terus saja mengambil gambar komen netizen berkenaan sebelum muatnaik gambar di IG miliknya dan kemudian menulis rasa hatinya di ruangan caption.

“Ada juga yang rasa tak puas hati ye. Setakat baling batu kemudian sembunyikan tangan apa barang. Jika berani, jom berdepanlah dan bagitahu apa yang tak puas hati dengan saya.”

Tak habis di situ, kemudian, Aishah juga telah menghantar mesej kepada individu berkenaan.

“Tak ada kerja lain, masuk Instagram orang lepas tu tulis komen mengata orang. Muka pun tak berani tunjuk ada hati nak cakap pasal orang.”

Ini mesej dari individu berkenaan dan juag reply dari Datuk Aishah kepadanya.

Luahan hati dari Aishah tu mendapat perhatian para netizen lain yang meminta Aishah agar jangan layan orang sedemikian.