Keluarga Neelofa di Kelantan pun tak ada foto Bilal

8,129 views

Sudah hampir sebulan usia anak Neelofa dan Pu Riz atau Haris, masih belum lagi ada gambar baby berkenaan yang dimuatnaik oleh mana-mana ahli keluarga Neelofa.

Sememangnya, gambar baby sulung Neelofa yang diberi nama Bilal itu akan menjadi antara baby paling popular jika wajahnya dimuatnaik kelak.

Bercerita tentang baby Bilal, ibu Neelofa iaitu Datin Kartini tidak tahu bila Neelofa akan tayang wajah anaknya itu.

Kartini hanya menyerahkan Neelofa dan suaminya, untuk buat keputusan sendiri bila nak tayang wajah baby Bilal kepada umum.

Malah, Kartini akui, keluarganya di belah Kelantan pun masih belum pernah tengok gambar Bilal.

Kata Kartini lagi, dia tak ada pun bertanya kepada Neelofa tentang gambar Bilal kerana hormati pilihan anaknya itu. Ini komennya kepada Metro.

“Tak pernah pun nak tanya. Sebenarnya keluarga terdekat di Kelantan pun tiada lagi gambar Bilal. Ada yang minta pun, kami tak akan bagi.”

“Sebenarnya, Neelofa setiap hari akan mengirimkan gambar Bilal kepada saya sungguhpun hampir setiap hari kami berjumpa. Tetapi saya tak ada pun ambil gambar ap tayang wajah Bilal kepada orang lain.”

“Tentang hal itu, biar Neelofa sendiri yang buat keputusan. Kita sentiasa hormati pilihannya. Ini merupakan kehidupan dia. Saya akui ramai yang bertanya mula tanya dia bila nak dedahkan wajah Bilal, oleh itu sebagai ibu saya pun tak ada nak tanya tentang hal itu.”

Tentang Bilal, Kartini mengatakan baby berkenaan amat mudah dijaga.

“Mula berpantang di hospital dan kemudian di rumah saya selama seminggu, kini Neelofa berpantang di rumahnya sendiri sebab dia lebih selesa.”

“Tapi setiap hari saya pergi luangkan masa di rumahnya selama beberapa jam. Dia memang pandai jaga anak saudara sebelum ini, saya hanya bantu apa yang perlu. Neelofa ni memang cepat belajar dan taida sebarang masalah pun.”

“Syukur sangat, alhamdulillah Bilal ni amat mudah untuk dijaga, dia memang tak ada banyak ragam. Memang amat mudah diuruskan.”