Kisah melanda antara Datuk Chef dan bekas menantunya, Shikin Maembong sudah diketahui umum. Ini kerana Shikin telah membuat tindakan undang-undang ke atas chef selebriti itu.
Chef Wan tak berdiam diri dan terus saja menghemburkan kisah yang berlaku antara dia dan juga bekas isteri kepada Chef Riz itu.
Dek kerana itu, ramai netizen yang mula menulis komen kepada kakak Emma Maembong itu.
Antara ayat yang dapat dilihat dilemparkan kepada Shikin ialah mulut senget dan juga menantu bukan dari syurga.
Ini antara komen pedas dari netizen.
Terkilan dengan komen-komen dari orang luar tentang dirinya, Shikin tampil memberi respon.
Shikin terhibur selain berterima kasih kepada orang ramai yang telah memberi pahala kepada dirinya dengan menulis komen sedemikian.
“Kelakar juga bila tengok ramai yang mesej dan juga komen di foto saya, tulis yang tak elok tentang diri dan rupa saya.”
“Apalah, kamu semua ni asyik beri pahala percuma saja kepada saya. Syukur, walupun saya ni tak lah elok mana, janji saya ni sedang happy. Ini semua pemberian Tuhan, saya tahu kamu semua tu perfect, tak macam diri saya ni.”
Selain kata-kata kurang enak yang diberi kepadanya, masih ada juag yang tampil memberi nasihat kepada kakak kepada pelakon Emma dan Cacha Maembong ini.
Antaranya, ramai yang menasihati agar Shikin kembali ke jalan yang diredhai Tuhan dan juga mendekatkan diri dengan agama.
Tak kurang juga yang meminta Shikin agar jangan meminta atau mengambil wang lagi dari bapa mertua.
Itulah yang terjadi kepada Shikin Maembong dengan chef terkenal, Datuk Chef Wan. Sebelum ini Chef Wan amat lantang berkata tentang cucunya iaitu anak kepada Chef Riz dan Shikin bernama Putri Arriana yang berumur 7 tahun.