Roslan Shah rebah ketika rancangan live Wanita Hari Ini, dikejarkan ke hospital

7,079 views

Penyanyi dan pengacara iaitu Roslan Shah telah membuat ramai rasa panic setelah jatuh dan rebah secara live.

Ketika itu, Roslan Shah merupakan antara jemputan dalam rancangan Wanita hari Ini, yang disiarkan secara live di TV3.

Semasa kejadian, Roslan sedang ditemubual dan berbual dengan dua pengacara iaitu Hawa Rizwana dan Fatin Hamimah.

Secara tiba-tiba Roslan Shah telah terbatuk beebrapa kali sebelum terus rebah di kerusinya.

Program Wanita Hari Ini kemudian terus dihentikan dan dimasukkan siaran iklan dan ketika itu, staf di studio telah datang dan membantu Roslan Shah.

Roslan Shah didapati mempunyai tekanan darah yang amat tinggi ketika itu dan seterusnya di bawa ke hospital untuk rawatan serta pemeriksaan lanjut.

Kata salah seorang pengacara WHI iaitu Hawa Rizwana, dia agak tergamam melihat kejadian berkenaan.

“Saya dan Fatin memang terkejutlah bila nampak cik Lan dah rebah. Nasib baik ada crew produksi yang terus datang beri bantuan.”

Dari satu update dari pihak TV3, keadaan terkini Roslan Shah disahkan dalam keadaan yang baik.

“Kepada peminat Roslan Shah, jangan khuatir. Pihak TV3 telah telefon ambulans dan Roslan Shah telah dibawa dengan segera ke hospital. Kini pihak doktor mengesahkan bahawa Roslan Shah dalam keadaan yang baik. Syukur alhamdulillah.”

Ini videonya:

Semalam, Roslan Shah ada memberi update bahawa dia memang dah rasa badannya tak berapa sihat. Dia juga dah buat ujian swab test.

“Sebelum masuk studio TV3 memang kena buat ujian calitan dan hantar keputusannya. Walaupun kepala kurang sihat mungkin sebab kena hujan, dah masuk dua hari.”

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan dari pihak Roslan Shah sendiri tentang keadaan kesihatan dirinya. Semoga semuannya baik-baik saja.