“Rasa sukar bernafas” Roslan Shah dah sedar, cerita apa yang terjadi semasa rebah

3,780 views

Semalam semasa siaran langsung rancangan bual bicara Wanita Hari Ini di TV3, salah seorang selebriti jemputan iaitu Roslan Shah telah rebah.

Ini membuatkan pengacara WHI rasa panic dan terpinga-pinga. Kemudian dengan pantas, siaran iklan ditayangkan.

Dari komen pengacara, crew produksi kemudian dengan pantas datang memberi bantuan dan kemudian mendapatkan bantuan serta menelefon pihak ambulans.

Roslan Shah yang lebih mesra di panggil sebagai Cik Lan, kemudian telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan serta pemantauan dari pihak doctor.

Dari kenyataan pihak TV3, keadaan Cik Lan stabil dan dalam keadaan yang baik.

Kini akhirnya tuan punya badan sudah mula memberi respon dan ketika pihak media bertanya, Cik Lan sudah boleh menjawab apa yang berlaku ketika itu.

Kaat Roslan Shah, semasa di rancangan berkenaan, semua berjalan baik, amun scara tiba-tiba dia batuk dan Cik lan dah tak sedarkan diri dan tak ingat apa yang terjadi.

“Sebelum kejadian tu, saya borak macam biasa, kemudian saya terbatuk dan rasa sukar nak bernafas, rasa macam tersedak.”

“Saya terus pitam, dan rebah. Kepala saya rasa pening sangat dan saya jadi separuh sedar. Saya kemudian terus tak ingat apa yang terjadi. Bila sedar, saya dah berada di hospital.”

Roslan Shah akui dirinya rasa segan kerana tak tahu ianya akan menjadi tular. “Memang tak sangka ia tular.”

Ditanya lebih lanjut tentang tahap kesihatannya, dikatakan bacaan blood pressur memang tinggi sampai mencecah 220.

“Saya diberitahu, bacaan blood pressure saya sampai 220. Saya memang tak sangka, sebelum ni tak ada pun. kalau dah turun saya nak minta keluar. Nak rehat di rumah saja.”

“Kemungkinan disebabkan saya agak sibuk sebab hadiri banyak persembahan. Ingatkan saya tak sihat sebab kena hujan beberapa hari lalu.”

Itulah kenyataan dari Roslan Shah tentang keadaan terkini dirinya. Harap Cik lan dapat rehat dulu dan semoga kembali sihat.