“Macam mengandung” Ramai dah nampak baby bump isteri Remy Ishak, Fasha beri hint

12,653 views

Sudah enam bulan mendirikan rumah tangga, pada hari semalam, isteri kepada Remy ishak iaitu Ezza Yusof telah menjadi tumpuan para peminat pelakon ini.

Ini gara-gara satu video yang menunjukkan isteri kepada Remy Ishak seakan sudah mempunyai baby bump.

Video berkenaan telah dimuatnaik oleh Ezza di laman media sosial dan terus menerima pelbagai komen dari orang ramai.

Sebenarnya, Ezza hanya upload video posing itu untuk menunjukkan koleksi kasut jenama miliknya, iaitu 2morrow.

Sedang menggayakan dan posing sakan itu, ramai yang mula terlihat seakan dah nama isi dan ada baby bump.

Oleh itu, ada beberapa netizen yang mula bertanya tentang hal berkenaan di ruangan komen. INi antara komen yang ditulis.

“Comelnya. Macam penampakan dah ada baby bump di situ.”

“Akak ni tengah mengandung ke. Saya mendoakan agar ini akan menjadi kenyataan.”

Selain itu, komen dari rakan artis, Fasha Sandha juga seakan memberi hint tentang berita baik berkenaan.

Malah Fasha Sandha, yang pernah beberapa kali berganding dengan Remy Ishak dalam filem, telah memberi satu emoji berbentuk botol susu.

“Yes, dia dah gunakan beg yang besar. Memang ini satu petanda baik dah. Sebab nak kena isi macam-macam nanti.” Tulis Fasha sambil meletakkan emoji botol susu yang sinonim dengan baby.

Memang sebelum ini, pasangan ini ada berkata jika diberi rezeki anak, mereka tak akan menolak pun. Walaupun sememangnya mereka berdua ini amat sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Untuk info semua, Remy Ishak disatukan dengan Ezza Yusoff pada tarikh 21 Ogos 2021 yang lalu. Ezza merupakan antaar wanita yang sudah lama berkenalan dengan Remy, dan merupakan seorang ahli perniagaan dalam bidang fashion terutama kasut wanita.

Sehingga kini, Remy Ishak dan Ezza tak ada memberi sebarang pengesahan tentang hal ini.