Ini puncanya kebakaran di rumah Datuk Aliff Syukri semalam “Paling kecoh Aliff Syukri”

11,855 views

Ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri melalui satu momen yang agak mencemaskan setelah rumahnya terbakar semalam.

Khabarnya salah satu bilik di rumah agamnya itu mula terbakar dan api telah marak.

Ketika kejadian, Aliff Syukri sedang berada di bilik air dan perasan ada asap mula masuk ke tingkat atas. Aliff kemudian dimaklumkan para pekerjanya.

“Memang satu pengalaman yang begitu menakutkan apabila dengar anak-anak jetir-jerit. Begitu juga dengan staff, pengawal, pembantu peribadi, pembantu rumah dan tukang kebun di rumah saya.”

“Asap tu dah naik sampailah ke tingkat atas, ketika itu saya sedang berak, buang air besar. Sampai tak sempat nak cuci. Memang tak perasan langsung rumah saya sedang terbakar.”

“Ketika itu, orang dah ketuk pintu tandas dan kemudian bila dapat tahu, saya terus menjerit sambil lari lintang pukang. Sampai tak cukup tanah nak lari, sudahlah rumah saya ni besar kan.”

“Saya kemudian lari habisan, waktu kejadian tu Tuhan je tahu, memang fokus fikir nak selamatkan nyawa keluarga saja. Tak fikir pasal jam mahal, rumah mahal. Memang masa tu saya buntu dan mengelabah.”

Dalam pada itu, isteri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahidah telah muatnaik satu lagi video. Kali ini dengan tenang Shahida dilihat cuba memadam api yang sedang marak.

Melalui laman Ig miliknya, Shahidah turut menjelaskan punca kebakaran di rumahnya itu.

“Rumah saya dah terbakar. Syukur pada mu Tuhan, nasib perasan kerana terbau asap.”

“Rupanya semuanya berpunca dia sebab power bank. Bilik staff saya bernama Idris yang dah terbakar. Selepas ni kalau ada power bank yang tengah panas lepas charged, janganlah letak kat atas katil. Hati-hatiu benda kecil ni pun boleh jadi punca.  Syukur alhamdulillah kami selamat.”

“Jangan nak kata saya gimik nak bakar rumah buat content. Apapun yang paling kecoh Aliff Syukri, api dah terpadam barulah dia nak call bomba.”

“Sebenarnya pemadam api memang ada namun tengah panik kita pun lupa, asyik ingat nak guna air je.”

Itulah yang berlaku di rumah Datuk Sri Aliff Syukri dan juga Datin Seri Shahidah.