Habis wang Zynakal kena rembat, banyaknya.. Hanya tinggal RM19 dalam bank

8,724 views

Ini satu berita terkini tentang seorang penyanyi sedang nak up iaitu Zynakal.

Melalui beberapa post di Ig story miliknya, penyanyi berumur 23 tahun ini mendedahkan bahawa wang hasil titik peluhnya telah dilarikan orang.

Bukan sedikit, tetapi jumlah wang yang terlibat itu agak banyak juga, sehingga duitnya yang tinggal dalam akaun hanya RM19 sahaja.

Dari pendedahan Zynakal, wang hasil kerja sebenarnya lebih kurang RM100ribu dan dia menunjukkan wang yang tinggal alam akauan Maybank hanyalah RM19 saja.

“Dah begitu lama, amat lama dah aku diam diri, tetapi astik bagi muka terus kena pijak. Kalau kau rembat RM10 aku boleh je halalkan. Ni segala duit aku sekarang dah hilang. Nak aku bagitahu siapa yang rembat duit aku?”

“Lepas tu, ni kau nak aku makan apa. Kau yang buat kontrak tetapi akhirnya kau yang sidai. Sekarnag ni dah tahun 2022.”

Satu lagi entry, Zynakal memberitahu, wang royalty lagunya berjumlah RM12ribu pun kena ambil juga.

Duit royalti aku pun kena sapu.” Tulis Zynakal dengan nada kecewa.

Antara artis yang memberi komen ialah Shuib Sepahtu yang menulis agar penyanyi muda ini akan membawa hal ini kedepan. “Bawak hal ini kedepan dik

Minta bantuan doa bang.” Balas penyanyi muda ini kepada Shuib.

Kemudian Zynakal turut muatnaik luahan hatinya tentang isu ini. Jom baca isi hati Zynakal.

“Aku ni bukan orang senang, tapi muzik beri kesengan untuk aku, namun dia pula senang-senang rembat kesenangan aku.”

Sampai ke saat ini belum ada lagi sebarang nama individu yang dikatakan mengambil wang milik Zynnakal ini.

Belum lagi ada kenyataan rasmi atau kisah sebenar dari Zynakal tentang isu yang sedang berlaku ini. Kita tunggu saja perkembangan kes ini kelak.

Untuk info, Zynakal memang antara penyanyi dan pencipta lagu yang sedang maju ke atas. Malahan penyanyi ini juga telah dinobatkan sebagai Komposer Muda Berpotensi di MACP tahun 2021.