Ini pula komen dua artis senior, Fauziah Nawi dan Datuk Eizlan Yusof tentang Zul Ariffin

13,012 views

Bukan isu yang remeh, kes Zul Ariffin ini mendapat liputan meluas sehingga pihak menteri pun mengesahkan bahawa pelakon berkenaan kini sedang dalam siasatan.

Kini dua lagi artis senior dan berpengalaman luas dalam dunia seni iaitu Fauziah Nawi dan juga Datuk Eizlan Yusof tampil memberi pandangan mereka terhadap isu yang melanda Zul Ariffin.

Bagi Fauziah Nawi, beliau merasakan, memang ramai yang terkena tempias dengan apa yang terjadi kepada Zul Ariffin ini.

Pelakon berumur 68 tahun ini menyatakan, kini sudah ada mata-mata yang memandang serong kepaa penggiat seni.

“Memanglah saya sedih setelah hal macam ni berlaku. Penat kita jaga nama baik, tetapi dek kerana perbuatan tersebut semua nama anak seni pun dikaitkan.”

“Ini adalah hal yang tak adil sebab orang akan pandang yang tak baik pada industri kita kerana hal macam ni.”

Sekiranya muatnaik video itu merupakan cata marketing, Fauziah Nawi ternayat tak setuju dengan cara sedemikian.

Video itu bercanggah dengan adab serta budaya.

“Marketing yang tak baik memang adalah satu marketing juga. Barangkali mungkin pihak produksi sengaja nak memperkenalkan nama director drama berkenaan.”

“Namun sebagai warganegara Malaysia, kita kena tahu ada etika semasa bekerja. Bukan hanya fikirkan soal marketing saja, nak naikkan viewer.”

“Saya pun dah tak mahu beri nasihat walaupun saya artis senior, sebab semua pun dah dewasa. Patu tahu nak buat pilihan.”

Selain itu, Datuk Eizlan Yusof berharap video yamg diupload ini merupakan satu kesilapan yang amat besar untuk dilakukan.

“Zul ada nama besar dalam industri. Oleh itu cara marketing macam ni adalah satu kesilapan buat dirinya.”

“Mereka tahu babak tersebut tak boleh ditayangkan di televisyen. Dan dari segi moral, kita kena faham dan hormat sensitiviti masyarakat.”

Itu komen dari Fauziah Nawi dan juga Datuk Eizlan Yusof.