“Saya tak belajar tinggi, tak malu pun mengakuinya, saya SPM saja” Ayu Raudhah

2,841 views

Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan dah kurang tampil di kaca TV setelah berkahwin dengan pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha.

Adik kepada Rozita Che Wan ini akui memang masih terima tawaran berlakon namun memilik untuk beri keutamaan kepada family termasuk untuk menjaga lima orang anaknya, yang berusia antara 8 tahun sehingga 10 bulan.

“Rindu kepada dunia lakonan memang tak pernah surut. Ditambah lagi jika tertengok drama lakonan diri sendiri diulang siar di TV, lagi jadi tebal kerinduan tu.”

“Last dulu berlakon drama bertajuk Cinta Bukan Kristal di TV3 pada tahun 2018. Sebenarnya sampai sekarang tawaran berlakon masih ada.”

“Tetapi sejak merantau ikut suami kerja termasuklah ke Kedah dan kini di Seremban, memang saya fikir banyak kali untuk menerima tawaran berlakon.”

“Berlakon ni memerlukan pengorbanan masa. Saya pula jika boleh memang nak tengok anak membesar depan mata.”

Tentang perkembangan kerjayany, Ayu Raudhah dan suaminya Zaquan Adha dipilih menjadi duta pakaian By LR. Ayu mula berjinak ceburi bidang perniagaan dalam bidang kecantikan, pakaian dan juga tudung.

Bagi Ayu, walaupun tak belajar tinggi, dia menjadikan pengalaman sebagai sandaran.

“Saya ni tidak belajar tinggi mana. Saya tak malu pun nak mengaku. Malah saya bangga dengan semangat diri saya.”

“Saya hanya seorang yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM saja. Malah tak ada latar belakang jurusan dalam bidang perniagaan pun.”

“Akan tetapi saya percaya pengalaman menjadi azimat yang amat berharga. Semasa pihak By LR tawar jadi rakan strategik untuk pasarkan jenama berkenaan, saya pun sahut cabaran, nak cabar diri.”

“Komitmen saya bukan setakat sebagai duta, tetapi mahu meningkatkan pengaruh jenama By LR. Bagi saya, ini peluang terbaik untuk langkah lebih jauh sebagai usahawan.”

Selain itu, Ayu dan Zaquan Adha juga ada membuka kedai makan di ZA Café di Seremban. Semoga berjaya buat Ayu Raudhah.