“Saya dihalang berjumpa anak..” Jamal Abdillah jawab luahan rindu Zaki Yamani

6,988 views

Anak kepada Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani membuat pendedahan bahawa kali terakhir dia sambut hari raya bersama ayahnya itu ialah kira-kira 8 tahun yang lalu.

Zaki, 16 tahun, memang rindu sangat untuk sambut hari lebarang yang suci itu bersama ayah tersayang. Namun dia faham, ayahnya itu sudah mempunyai keluarga yang baru, selain dia tidak mengharapkan hubungan akan menjadi seperti dulu-dulu.

Dek kerana hal ini menjadi liputan, Datuk Jamal Abdillah tampil mencerita hal dari pihak dirinya pula.

Jamal berkata, sebenarnya dirinya telah dihalang bertemu dengan anaknya itu oleh bekas isteri iaitu Fatimatuzahra Samad setelah mereka berpisah.

Walaupun begitu, Jamal berkata dia tetap ada berjumpa dengan anaknya itu, malah bertemu dengan Zaki di rumah seorang rakan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.

Baginya, momen itu amat bermakna walaupun hanya selama setengah jam saja.

“Hubungan saya dan anak saya ni saja. Akan tetapi saya sebenarnya dihalang untuk berjumpa. Beberapa tahun lalu, saya ada pergi curi-curi jumpa dia di sekolahnya, masa tu di Kajang.”

“Ada satu waktu tu ada majlis hari guru di sekolah itu dan saya dijemput hadir kerana anak saya menyanyi. Masa itu anak saya form 1.”

“Apa yang berlaku ialah ibunya tak benarkan dia datang ke sekolah kalau saya terus hadir ke sana. Oleh itu, saya akur. Namun saya tetap ada juga curi-curi jumpa dan saya beri dia duit bulanan.”

“Pada hari raya tahun lepas pun saya ada jumpa. Masa tu kat rumah salah seorang rakan. Setengah jam perjumpaan itu bagi saya ianya merupakan seribu rahmat.”

Itulah komen dari Jamal Abdillah tentang luahan hati Zaki Yamani. Dalam pada itu, Datuk Jamal juga perasan bahawa cermina mata yang digunakan oleh Zaki itu juga merupakan hadiah darinya.

“Dalam foto yang tersebar itu, saya perasan cermin mata yang dia guna itu merupakan pemberian dari saya kepada Zaki pada malam perjumpaan itu.”

Berkenaan kemelut dengan bekas isterinya iaitu Fatimatuzahra, Jamal tak mahu perbesarkan cerita lagi.

“Hal ini tak perlu dibesarkanlah, semua saya akan handle dengan baik.”

Bagi yang tak tahu, Zaki Yamani merupakan anak Jamal Abdillah dengan bekas isteri bernama Fatimatuzahra Samad.

Jamal mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof.

Sejak tahun 2017, Jamal Abdillah mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati dan mempunyai tiga orang anak.