“Lisa Surihani pernah cakap, saya akan lupa dunia” ~ Saharul Ridzwan

11,444 views

Pelakon terkenal tanah air Saharul Ridzwan kini telah berhijrah dan kembali menjalani kehidupan berlandaskan jalan yang diredhai.

Bagi Saharul Ridzwan, dia yakin semua orang nak berubah namun masing-masing ada masanya tersendiri.

Bagi dirinya mungkin banyak sebab kenapa perubahan in terjadi ketika ini di mana umurnya sudah masuk ke 33 tahun.

Antara prinsip yang Saharul Ridzwan pegang ialah segala urusan dan juga ujian itu adalah darinya dan percaya Allah yang akan bantu dan permudahkan.

Saharul kini mahu mencari keredaan Allah di dunia dan juga di akhirat. Ini komennya kepada portal Mstar.

“Semua orang nak berubah kepada menjadi lebih baik, mungkin ada yang dah sampai masa dan dah berubah, atau ada yang belum sampai masa.”

“Bagi saya turning point berubah ini adalah tepat pada masanya dan jika nak cakap mengapa saya dah berubah dan berhijrah saya pun tak tahu, ada banyak juga asbab nya.”

“Mungkin ianya hadir asbab doa daripada ibu dan bapa saya, atau asbab doa dari isteri, atau asbab jemaah-jemaah yang pernah saya jumpa.”

“Apa yang saya percaya, ianya merupakan kuasa doa orang lain dan juga takdir Allah yang dah aturkan.”

Saharul Ridzwan sempat teringat kata-kata dari Datin Lisa Surihani semasa nama sedang berada di kemuncak dulu.

“Saya ingat Lisa Surihani cakap, masa tu saya pengambaran dengan dia, dalam cerita Maskara, tahun 2013.”

“Lisa pernah cakap pada saya, Saharul, satu hari nanti bila you dah naik, you mesti lupa dunia, lupa semuanya, akan jadi lost kejap.”

“Masa itu saya terus cakap kat dia, tak ada lah takkan saya macam tu! Takkan saya buat seperti itu. Lisa kata semula, tak pa tengok lah nanti.”

“Rupanya apa yang Lisa cakap tu betul. Industri hiburan ini memang sangat tough, sama ada kita nak hadap atau pun tidak. Kalau kita tak kuat, kita akan habis.”

Bermula sebagai seorang model, Saharul kemudian terjun ke dunia lakonan selepas diperkenalkan seorang penggaya rambut kepada pihak produksi.

“Ada sekali tu seorang hair stylist cakap pada saya, nak jadi berlakon, saya kata nak, itulah saya mula jadi pelakon. Bermula jadi extra saja, dengan bayaran RM50.”

“Rezeki saya yang Allah beri saya dalam industry ni kejap, orang yang mula-mula naikkan nama saya ialah Sheila Rusly dan abang Jinggo. Itu mula jadi pelakon hero.”

“Dulu saya pernah tidur dalam kereta, masa tu. Lepas tu sikit demi sikit Allah bagi kesenangan dunia.”

Penghijrahan Saharul Ridzwan kini membuatkan dirinya turut berubah, dan lebih percaya rezeki itu adalah dari Illahi.

“Kita cakap pasal duniawi, pasal payment, dulu kalau hanya ada seribu atau dua ribu dalam bank, kita akan tanya macam mana ni. Payment tak dapat lagi kita akan minta sampai marah-marah dan kita nak paksa.”

“Sekarang dah tak macam tu, walau ada duit sedikit, kita tenang dan rileks. Kalau ada payment tak masuk, kita minta tapi tak adalah sampai nak marah, sebab percaya yang nak bukakan hati untuk bayar tu pun Allah juga.”

Jelas Saharul Ridzwan hidupnya kini lebih tenang, dan baginya, rezeki semakin melimpah setelah berhijrah.