“Baba yang tak nak jumpa, mesej tak berbalas, call tak jawab” Zaki Yamani

7,639 views

Kenyataan Datuk Jamal Abdillah baahwa dirinya dihalang untuk berjumpa dengan anaknya iaitu Zaki Yamani menjadi bualan ramai. Akhirnya Zaki Yamani sendiri tampil membangkang kenyataan bapanya itu.

Kata Zaki, apa yang diungkapkan oleh Jamal Abdillah itu tidak benar sama sekali.

Remaja baru berumur 16 tahun ini mengatakan ibunya tak ada pun menghalang Jamal untuk berjumpa dengan dirinya.

“Baba yang tak mahu berjumpa dengan Zaki, apa pula nak salahkan mummy Zaki pula. Cukuplah baba buat cerita macam ni. Benda tak betul semua ni. Tak ada siapa yang tak bagi, tapi baba sendiri yang tidak mahu berjumpa anaknya.”

Datuk Jamal sebelum ini ada buat kenyataan bahawa dia tak diberi izin untuk berjumpa dengan anaknya itu dan terpaksa curi-curi berjumpa dengan Zaki Yamani.

Jamal menjawab dan memberi kenyataan setelah Zaki Yamani meluahkan rasa rindu apatah lagi tidak beraya selama 8 tahun denagn ayahnya itu.

Zaki kemudian ada muatnaik satu video dan meminta ayahnya itu tidak bercakap yang tak baik kepada ibunya.

“Kenyataan bahawa mak saya halang ayah saya halang jumpa saya itu memang tak benar. Untuk baba, kalau boleh henti burukkan mummy.”

“Sebab masa Zaki sakit, dia yang jaga, dia yang hantar Zaki ke hospital.”

“Baba boleh je nak jumpa dengan Zaki, sebelum ini baba ada janji nak jumpa Zaki tetapi baba tak datang. Zaki ada mesej dan whatapps baba tapi ianya tak berbalas, call pun tak jawab.”

“Kalau baba dapat tengok video ni, tolonglah call Zaki semula. Ataupun balaslah dan mesej semula di whatsapp Zaki. Sekarang ni dah berminggu tak balas, baba diam je.”

Zaki Yamani merupakan anak hasil perkahwinan Datuk Jamal Abdillah dengan bekas isterinya bernama Fatimatuzahra Samad.