“Virus dah tiada, tapi ada masalah jantung bengkak pula” Amyra Rosli

6,064 views

Pasangan selebriti terkenal tanah air iaitu Amar Baharin dan Amyra Rosli menerima dua berita sekaligus satu berita baik dan sat lagi berita yang kurang baik.

Ini melibatkan tahap kesihatan anaknya iaitu Ayra Aryssa, 2 tahun. Semua pun tahun Aryssa telah terkena Kawasaki disease.

Menerusi laporan terkini, Amyra Rosli mengesahkan anaknya itu sudah bebas dari virus berkenaan.

Selain itu berita baik yang turut diterima ialah anaknya itu telah dibenarkan keluar dari wad dan pulang ke rumah.

Namun satu berita yang kurang baik ialah doktor mengesahkan anaknya itu tetap kena pantau kerana akibat dari jangkitan virus Kawasaki, kini jantungnya pula ada sedikit masalah.

Jelas Amyra ada saluran darah ke bahagian jantung anaknya itu telah bengkak dan mempunyai air di dalammnya.

“Kesembuhan anak saya ni belum sepenuhnya, tapi berita baiknya virus dak tak ada. Bacaan darah pun okay. Namun doktor ada maklumkan saluran darah ke jantung bengkak dan jantung mempunyai sedikit air.”

“Apabila saya dengar tentang masalah berkaitan jantung itu memang risau juga. Tapi doktor kata iaitu bukan masalah jantung kritikal. Jangan tersilap sangka.”

“Setelah doktor benarkan anak saya keluar, saya pun risau juga. Namun doktor terangkan, kena bagi persekitaran lain untuk anak. Saya pun bawa dia jalan-jalan di level bawah hospital tu, dia okay, kemudian bila masuk bilik kat wad, dia nangis. Itu yang doktor kata dia kena ada persekitaran lain.”

Setelah dibenarkan pulang ke rumah, anakya itu akan di jaga oleh ibu kepada Amyra Rosli.

“Bila pulang ke rumah, anak saya akan kena pantau dan makan ubat. Buat masa ini mak saya yang akan tolong jaga sementara saya kerja. Doktor juga pesan jika ada simptom semula kena cepat bawa ke hospital.”

“Saya amat bersyukur dan gembira sebab anak saya dah dibenarkan keluar. Kalau ikutkan dah seminggu saya tidak tidur, habis penggambaran terus ke hospital.”

“Apapun saya akan selalu contact doktor dan akan buat pemeriksaan lanjut kesihatan anak.”

Syukur semuanya selamat untuk anak Amyra Rosli dan juga Amar Baharin ini.