Anak sulung Datuk Jamal Abdillah pula bersuara

16,880 views

Telah berlaku sedikit salah faham antara Datuk Jamal Abdillah dengan anak keduanya iaitu Zaki Yamani, 16 tahun.

Jamal Abdillah mengatakan dirinya dihalang oleh ibu Zaki Yamani untuk bertemu dengan anaknya itu.

Namun hal itu telah dinafikan oleh Zaki Yamani, yang mana dia kemudiannya mendedahkan bapanya itu yang tak mahu berjumpa.

Zaki turut mengatakan bapanya ada memungkiri janji untuk berjumpa selain tak membalas mesej dan juga panggilan dari Zaki.

Kemelut yang melanda Jamal Abdillah ini dengan Zaki Yamani akhirnya mendapat reaksi dari anak sulung Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani Abdillah.

Osama Yamani, 21 tahun, berkata, dia tak mahulah masuk campur dan hormati pandangan kedua-dua belah pihak.

“Amat berat rasanya untuk saya nak berbicara tentang isu ini sebab saya ni berada di pihak yang berbeza.”

“Saya tak berani nak masuk campur sebabnya saya tak nak lah keruhkan lagi keadaan. Saya mahu hormati pandangan mereka berdua.”

Sebagai anak sulung, sudah tentunya Osama Yamani harap kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan baik.

Oleh itu, Osama Yamani sedia untuk membantu jika diperlukan untuk mendamaikan kedua belah pihak. Malah dia juga berharap sebagai anak, Zaki akan bertemu bapanya itu untuk selesaikan isu ini.

“Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Sebagai anak tak ada salahnya kalau Zaki sendiri yang pergi berjumpa ayah.”

“Sudah tentu saya mahu melihat kami sekeluarga semua, dapat hidup bahagia walaupun kami mempunyai berlainan ibu.”

“Kalau saya diperlukan untuk selesaikan isu ini, saya sedia untuk membantu.”

Itulah pandangan anak sulun Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani yang juga merupakan seorang penyanyi.

Osama Yamani merupakan anak hasil perkahwinan Datuk Jamal Abdlillah dengan bekas isterinya, Intan Noraina.

Zaki Yamani pula anak Datuk Jamal dengan bekas isteri bernama Fatimatuzahra.

Datuk Jamal Abdillah kini mempunyai isteri bernama Zai Izzati dan hasil perkahwinan mempunyai tiga orang cahaya mata.