Kini seorang lagi selebriti telah menjadi tenaga pengajar atau lecturer. Individu yang dimaksudkan ialah pelakon dan penyanyi Arja Lee.
Selebriti berumur 39 tahun ini telah dilantik dan kini bergelar pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Lantikan ini dibuat beberapa bulan lepas.
Sememangnya Arja Lee memang dah bercita-cita untuk masuk ke dunia akedemik ini.
Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli memberitahu, dia mahu menabur ilmu kepada generasi muda berdasarkan pengalamannya dalam bidang seni ini.
“Syukur sangat, Universiti Malaysia Kelantan telah menawarkan saya menjadi pensyarah dalam bidang seni persembahan. Sebenarnya saya pun baru saja tamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang seni persembahan ini.”
“Bagi saya, tawaran ini satu rezeki yang amat bermakna sebab inilah masanya untuk saya beri ilmu setelah lama bergelar sebagai anak seni. Saya nak tengok anak-anak muda kita ini lengkap dengan ilmu terutama yang mahu masuk ke bidang seni.”
“Saya berazam akan bawa tanggungjawab ini sebagai ahli akademik dengan sebaik mungkin dan mahu berbakti dengan ikhlas menabur ilmu. Jalan saya dah pun terbuka jadi saya kena manfaatkan sebaiknya kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak UMK ini.”
Bagi Arja Lee, memang dah tiba masanya untuk dia masuk ked bidang lain selain berharap ke pada bidang seni saja.
“Saya kini berfikiran jauh ke depan tentang arah tuju hidup saya. Saya mahu cari jaminan kerjaya yang dapat memberikan saya kepuasan selain tak risau tentang pendapatan.”
“Kiranya, sekarang ni bidang glamor bukan lagi fokus utama saya. Tapi saya masih lagi dapat guna ilmu seni saya ni Cuma dalam bidang akademik. Jalan ini adalah yang terbaik, saya yakin.”
Arja Lee sebelum ini telah memperlahankan aktiviti seni dan telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Seni di Universiti Pendidikan Sultan Idris atau UPSI. Tahniah buat Arja Lee.